Berpantang maut sebelum ajal, bayi setahun bingung keluar dari lori remuk cari ibunya.
Tular di media sosial klip video menunjukkan seorang bayi berumur setahun keluar dari lori remuk yang terlibat dalam nahas jalan raya.
Kejadian menakjubkan itu berlaku sejurus kemalangan membabitkan dua lori di Lampung, Sumatera, Indonesia, 9 September lalu.
Menerusi rakaman kamera pemuka pengguna kenderaan lain, bayi itu merangkak keluar dari bahagian bawah kepala lori yang hancur dan mencari ibunya.
Bayi yang dilapor media tempatan sebagai Fatih Akbar itu berjalan ke arah ibunya, dikenali Sri Devi yang juga sedang berusaha keluar memalui pintu lori yang rosak teruk itu.
Pada masa sama, kelihatan seseorang keluar dari sebuah lagi lori yang hancur dan terbaring di atas jalan raya.
Ketika nahas berlaku, Sri Devi memberitahu beliau dan anaknya sedang tidur. Beliau juga berkata, tidak tahu Fatih sudah berada di luar lori sehinggalah anaknya itu datang ke arahnya.
Seorang bayi nampak keluar dan merangkak dr kendaraan truk yg baru saja alami kecelakaan di lintas pantai timur Sumatera, Lampung Tengah.
.
.
Tidak berapa lama su Ibu jg berhasil keluar di dalam truk yg hancur berantakan. pic.twitter.com/kO1POqMMce— KUPLE (@SastroMedia) September 11, 2023
Sri Devi menambah anaknya pada masa ini berada dalam keadaan baik dan sudah dirawat di hospital berdekatan.
Ketua Polis Trafik Lampung Tengah, Wahyu Dwi Kristanto berkata, pihaknya mengesyaki pemandu lori berwarna kuning tertidur ketika memandu, menyebabkan kenderaannya terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar lori lain.
Kedua-dua pemandu lori itu terselamat dalam kemalangan itu tetapi seorang daripada mereka parah di kepala, melecet di muka dan patah kaki kanan, lapor CNN Indonesia.
Wahyu berkata, Sri Devi turut mengalami kecederaan, manakala bayi lelakinya lebam di mata kiri dan melecet di muka.
Baca:
Lelaki kongsi tips betul jika nak jimat elektrik, bil turun dari RM300 ke RM50
Puteri yang boleh berhubung dengan malaikat bakal kahwin dengan ‘pawang besar’
Bahana ‘Daniel’ membadai di Libya, 10,000 hilang ‘ditelan’ tsunami, bandar hanyut ke laut