Realtime website trackingweb stats

Berjaya dapat RM1 juta pada usia 29 tahun, mulanya hanya kutip daun ketapang tepi jalan

Oleh ABDULLAH HAMID

Dr Mohd Zulariffin Md Maarof sudah berjaya dapat pendapatan mencecah RM1 juta pada usia 29 tahun hanya bermula dengan hanya kutip daun ketapang di tepi jalan.

Semuanya bermula kira-kira 10 tahun lalu apabila dia berdepan kesempitan hidup sewaktu bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Dia mendapati daun ketapang atau ‘Indian leaf’ yang mudah ditemui di sekitar kampusnya rupanya mempunyai permintaan tinggi di platform e-dagang eBay.

Berjaya-dapat-RM1-juta-pada-usia-29-tahun,-mulanya-hanya-kutip-daun-ketapang-tepi-jalan.jpg-01

“Saya terus mencari daun-daun kering dan mengosok-gosoknya untuk membuang debu dan tanah.

“Kemudian saya buka akaun eBay dan mengambil foto daun ketapang yang kering itu untuk dijual,” katanya.

Beliau menjual daun ketapang menerusi platform e-dagang dengan hanya keluar modal RM8 untuk kos penghantaran ke luar negara.

Rupanya, daun ketapang mempunyai nilai komersial dari sudut perubatan apabila ia dipercayai mampu melawan kanser, penyakit hati, diabetis, radang sendi, sakit perut, kepala selain mengurangkan risiko penyakit kronik.

“Saya tidak menyangka usaha ini membolehkan saya memperolehi untung sebanyak US Dollar 30 (RM140) dengan menjual 30 helai daun ketapang kering menerusi platform e-dagang,” katanya dipetik mstar.

Beliau yang kini Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) berkata, ketika itu rezekinya semakin mencurah-curah.

Selepas tiga tahun berniaga di laman eBay, beliau mengembangkan bisnesnya dengan menjual pelbagai produk lain.

Hasil jualan daun ketapang kering itu, jelasnya, ada modal untuk beliau mula mengambil barang-barang lain dari China untuk dijual.

Hinggakan ramai rakan sepengajiannya hairan mengapa beliau banyak menghabiskan waktu dalam bilik kolej sahaja.

Kata Dr Mohd Zulariffin, 35, hasil bisnesnya itu juga beliau mampu untuk berkahwin ketika bergelar pelajar dan membuka restoran nasi beriani sebagai bisnes tambahan.

Sekarang, Dr Zulariffin yang juga Pengarah Urusan Export Oversea Academy berkongsikan ilmu di beberapa universiti awam demi melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.

“Saya juga melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membimbing 100 penuntut universiti termasuk kalangan dari keluarga susah,” katanya.

Melalui akademi itu, beliau dan isterinya sudah sudah membimbing hampir 16,000 usahawan di seluruh negara.

 

Baca :

Dah masuk musim, APM kenal pasti 6,000 hotspot banjir, minta rakyat bersedia 

“Lawa sungguh dia ni, macam perempuan Korea” – netizen terpukau kecantikan isteri Haqiem Rusli 

 “Bila nak tidur datang bisikan suruh saya terjun balkoni, tusuk pisau di perut”- Khai Bahar