Realtime website trackingweb stats

Beritahu peniaga kedai makan jangan guna ais untuk lauk mentah di pasar, ini cara nak kenal ais guna air masak

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kalau nampak ais itu keruh tidak jernih seperti kristal seperti yang sepatutnya dalam gelas minuman anda, boleh dah beritahu peniaga kedai makan jangan guna ais untuk lauk mentah di pasar.

Sebabnya, air batu daripada air paip akan menghasilkan kiub ais yang sedikit keruh.

Ais dari air mentah juga biasanya berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya.

Beritahu peniaga kedai makan jangan guna ais untuk lauk mentah di pasar, ini cara nak kenal ais guna air masak

Dibuat dari air mentah biasanya ia adalah ais blok. Air mentah bukankah tidak elok untuk diminum?

Biasanya, ketulan ais begitu digunakan untuk menyejukkan lauk mentah di pasar.

Berbeza pula dengan ketulan ais yang jernih kerana ia diperbuat dari air masak.

Ia akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air sudah terlepas ketika proses merebus air.

Lazimnya, air seperti ini disebut ais kristal yang kini sudah banyak digunakan.

Mudah nak kenal. Bentuknya kiub dan berlubang di tengah-tengah.

Baca:

Berlagak samseng! Perempuan ‘bantai’ perempuan mengandung hingga bengkak

Lebuhraya WCE dibuka dari Taiping ke Beruas, tol percuma dua bulan

Heboh pemuda mualaf 9 kali ulang alik hanya kerana sijil kahwin, rupanya ini cerita sebenar dari pejabat agama