Cuaca panas yang berterusan sejak awal Februari menyebabkan air dalam telaga di Kelantan mula kering.
Ini menyebabkan penduduk terpaksa menggali semula untuk mencari sumber air.
Melalui viral di TikTok, @maryanyoe memberitahu bahawa telaga buatan di rumahnya kering untuk pertama kali selepas sekian lama menetap di sana.
Mereka berkata, kejadian ini belum pernah berlaku sebelumnya dan kemarau kali ini betul-betul memberi kesan kepada mereka.
“Sekat (sejak) duduk di rumah peninggalan arwah ayah ni, tak pernah lagi telaga buatan ini kering. Tapi akibat kemarau berpanjangan, akhirnya kering juga setelah berpuluh tahun,” maklumnya.
Turut kelihatan terdapat lapisan tanah lumpur yang tebal di dasar telaga sehingga ia menghalang punca air daripada keluar.
Disebabkan itu, mereka terpaksa membuang segala tanah lumpur yang terdapat di segenap telaga selain menggali lebih dalam.
“Jadi terpaksa lah ranyaa (sentuh) semula telaga ni, buang selut kedodok (tanah lumpur), gali dalam sikit nak suruh ada air,” ujarnya.
Melihat di ruangan komen, terdapat beberapa penduduk di kawasan lain turut mengalami masalah dan isu yang sama.
@marjanyoe Sekat duk umah peninggalan arwah ayah nie..xpernah lg telaga buatan dia kering..tp akibat kemarau berpanjangan akhirnya kering jgak stelah berpuluh tahun..jd terpaksa la “ranyaa” smula lago ni..buang selut kedodok..gali dlm ckit nk suh ado air..kita ikhtiar slagi blh..usaha tangga kejayaan..#syukurselalu #kemarau2024#fypシ゚viral
Baca:
Baru tahu ada 3 resepi agar-agar yang mudah tapi sedap, gerenti dipuji Hari Raya ni nanti
Urat kaki tiba-tiba membengkak ketika melawat ‘kawasan’ Mona Fandey, akhirnya misteri terungkai
Ketahui langkah mudah ‘check-out’ barang RM1 di Shopee, senang je!