Realtime website trackingweb stats

Berebut kutip ‘ulat kayangan’ atas jalan di Sarawak, harga sama mahal dengan daging wagyu

Oleh HADI KAMARUDIN

Kehadiran ulat ‘kayangan’ dikenali Lamas atau Lelamaih di tepi jalan di Kilometer 7 Jalan Dalat-Sungai Kut di sini,

mencetus fenomena apabila orang ramai berpusu-pusu datang untuk mengutipnya.

Tinjauan mendapati, orang ramai dilihat mengutip ulat yang mampu mencecah harga RM400 hingga RM600 sekilogram (kg)

itu yang merayap di atas jalan raya serta di daun-daun kayu Nyatoh di tepi jalan berkenaan.

Menurut penduduk Kampung Sungai Kut, kehadiran ulat itu disedari apabila ia dijumpai merayap di atas jalan raya yang terletak di Kilometer 7 Jalan Dalat- Sungai Kut sejak semalam.

Berebut kutip ‘ulat kayangan’ atas jalan di Sarawak, harga sama mahal dengan daging wagyu

Orang ramai berebut kutip ‘ulat kayangan’ atas jalan di Sarawak, harga sama mahal dengan daging wagyu

Berikutan itu, orang ramai khususnya penggemar ulat berkenaan berpusu-pusu datang mengutipnya di atas jalan raya dan di daun-daun kayu Nyatoh di tepi jalan berkenaan.

Difahamkan, mereka yang mengutip ulat itu bukan saja terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Kut, malah dari Oya dan Mukah yang juga penggemar ulat berkenaan.

Senah Mat, 88, berkata Lamas begitu sedap dimakan sama ada dengan hanya merebusnya menggunakan air dan garam atau disalai.

“Ulat ini bersih dan baik untuk kesihatan,” katanya.
Wanita dari kaum Melanau itu berkata, rasa Lamas juga lemak dan manis serta boleh dimakan dengan sagu dan nasi.

Lamas juga satu daripada makanan eksotik bagi masyarakat Melanau di Mukah, selain ulat mulong (sagu).

Bagaimanapun, ulat itu sukar dijumpai kerana habitatnya hanya di dalam daun pokok Nyatoh dan hanya terdapat di hutan-hutan tertentu.

Walaupun harganya begitu tinggi, namun Lamas sentiasa mendapat sambutan daripada masyarakat Melanau kerana keenakan rasanya yang tersendiri.

Baca Lagi: Objek mengganggu pemanduan, jangan panik! cuma buat je 3 perkara ini