Masuk musim cuti sekolah, pasti ramai ibu bapa sudah mula senaraikan tempat-tempat untuk bawa anak-anak jalan-jalan, kan?
Tapi bila difikirkan, mesti jalan akan sesak kerana cuti sekolah atau mungkin anda hanya nak tinggal rumah saja?
Tak perlu lagi pening kepala fikirkan kesesakan jalan, atau tempat untuk bercuti, sebab saya ada tips untuk korang pergi road trip tanpa perlu terperangkap dalam kesesakan.
Untuk memudahkan perjalanan korang, saya sangat galakkan korang untuk pergi bercuti pada hari biasa.
Dengan cara ini, ia dapat memberikan pengalaman yang lebih lancar bagi anda yang sudah merancang untuk pergi bercuti ke sana ke sini.
Jika ingin menikmati percutian dengan penuh ketenangan tanpa perlu risau tentang kesesakan lalu lintas, hari bekerja adalah pilihan yang tepat.
Contohnya, kita semua tahu bahawa Thaipusam jatuh pada hari Khamis, betul tak?
Jadi, kalian boleh memohon cuti pada hari Jumaat itu untuk mendapat cuti yang lebih panjang dari biasanya.
Percayalah, pada masa ini, lebuhraya pasti lengang, pusat membeli-belah tidak ramai orang, dan tempat-tempat yang viral pun kalian tak perlu beratur panjang.
Ini adalah salah satu kebaikan jika anda bercuti pada hari bekerja.
Anda dapat membuat penjimatan yang besar.
Semua orang tahu bahawa kos hidup semakin meningkat sekarang ini.
Malah, ada yang perlu membayar untuk menggunakan tandas, hanya dengan 50 sen sahaja.
Oleh itu, bercuti pada hari bekerja adalah peluang yang baik untuk menjimatkan wang, terutamanya jika anda mencari hotel dengan harga yang berpatutan.
Biasanya, apabila anda membuat tempahan hotel pada hari bekerja, terdapat pelbagai tawaran eksklusif yang tersedia.
Oleh itu, ini adalah masa yang sesuai untuk anda memanfaatkan semua tawaran dan promosi yang ada.
Aliran trafik lengang di lebuh raya utama
Mari kita bersama-sama menikmati perjalanan yang lebih santai dan tenteram pada hari bekerja ini.
Sekaranglah saatnya untuk memandu sambil mendengarkan lagu tanpa gangguan bunyi hon dari kereta di sekitar kita.
Tidak hanya itu, kita juga dapat sampai ke destinasi lebih cepat, menjimatkan masa!
Tidak perlu beratur atau berebut dengan orang lain.
Sekaranglah saatnya untuk membeli cromboloni yang sedang viral tanpa perlu beratur atau berebut-rebut.
Dan tidak hanya itu, kita juga dapat mengunjungi tempat-tempat yang viral atau bersejarah di Ipoh, Melaka, atau Johor.
Dengan cara ini, kita dapat menikmati tempat menarik tanpa gangguan dan yang paling penting, kita dapat menghabiskan waktu bersama orang-orang yang kita sayangi.
Kita tak perlu pergi jauh-jauh pun, kita boleh cuci mata di Malaysia sahaja.
Tahun ini banyak kempen untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Melaka, Perlis, Perak, dan pelbagai tempat lain.
Road trip guna highway PLUS
Korang tahu tak, tahun ni Melaka dijadikan destinasi pelancongan utama?
Memang mustahil korang tak tahu sebab Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu tema tahun melawat Melaka.
Itu sebabnya Melaka dimasukkan dalam senarai cadangan PLUS.
Jadi, jangan tunggu lama lagi.
Inilah peluang korang untuk mencuba hidangan asam pedas Melaka, Coconut Shake, dan pelbagai lagi makanan viral yang terkenal.
Sambil menikmati makanan tersebut, korang juga boleh mempelajari sejarah Negeri Melaka.
Selain Melaka, korang juga boleh merancang percutian ke Ipoh.
Kata orang, Ipoh mempunyai banyak tempat menarik yang sesuai untuk mencipta ‘content’.
Antara tempat menarik yang boleh korang kunjungi ialah Pasar Gerbang Malam, Pasar Karat Ipoh, Concubine Lane, dan banyak lagi.
Admin yakin korang takkan pernah rasa bosan apabila melancong di Ipoh.
Bagi sesiapa yang mempunyai anak kecil, admin mencadangkan agar korang membawa mereka ke Johor kerana terdapat taman tema LEGOLAND yang pastinya akan disukai oleh anak-anak.
Bukan sahaja terdapat LEGOLAND, tetapi terdapat pelbagai tarikan lain juga.
Korang juga boleh merancang perjalanan untuk mencari makanan di Johor.
Terdapat kacang pool, murtabak, nasi beriani, dan pelbagai lagi makanan yang menarik.
Semua destinasi yang adminn cadangkan ini sesuai untuk semua peringkat umur.
Yang penting, korang gembira bersama yang tersayang.
Jangan lepaskan peluang untuk melancong dengan lebih tenang di lebuh raya PLUS hari ini.
Terlalu fokus membawa anak-anak bercuti, sesekali kita perlu memberi peluang kepada ibu bapa kita untuk bersama-sama bergembira.
Inilah masa yang sesuai untuk kita mula menerokai Malaysia.
Selagi korang menggunakan lebuh raya PLUS, kenapa tidak mengumpul mata PLUSMiles?
Nanti boleh tukarkan untuk pelbagai faedah, termasuk makanan percuma di R&R!
Jangan tunggu lagi, daftarlah sekarang di pautan: https://www.plus.com.my/
Selamat bercuti dan pastikan memandu secara berhemah.
Baca:
Cukup lengkap! Rumah BCL umpama syurga, punyai kemudahan peribadi sentuhan Eropah
Tak usahlah umpan pelayan seksi, Ustaz Azhar Idrus kongsi 3 ‘pelaris’ kedai makan
Tak usahlah umpan pelayan seksi, Ustaz Azhar Idrus kongsi 3 ‘pelaris’ kedai makan