Realtime website trackingweb stats

Berbaloi trip memancing ratusan ringgit, lelaki ini kongsi teknik ‘jinakkan’ tenggiri dan sotong mabang

Oleh SHAZLIN AZIZ

Walaupun ratusan ringgit keluar untuk trip memancing tetapi berbaloi dengan hasil dibawa balik selepas berjaya ‘jinakkan’ tenggiri dan sotong mabang.

Norshahreen Mohamad Norizan, 40, berkata, beliau dan sekumpulan rakannya akan menyewa bot selama dua hari di Kuala Rompin.

Dia yang lebih mesra disapa Yen dalam kalangan rakan-rakannya memberitahu, ‘port’ memancing terbaharu yang dikunjunginya adalah di Kuala Rompin, Pahang pada bulan lalu.

Bagi jurutera automotif itu, memancing di kawasan laut memberikan pengalaman yang berbeza berbanding memancing ikan di kawasan darat.

Yen berkata, antara spesies yang menjadi buruannya adalah tenggiri kerana ikan itu adalah spesies ikan pelagik yang bersifat pemangsa dan agak ganas ketika melawan tarikan tali pancing.

Berbaloi trip memancing ratusan ringgit, lelaki ini kongsi teknik 'jinakkan' tenggiri dan sotong mabang

“Ikan tenggiri merupakan antara ikan pelagik yang kerap menjadi buruan pemancing kerana ia boleh didapati di kawasan perairan yang kedudukannya tidak terlalu jauh dari pantai.

“Tambahan pula, cara memburu ikan tenggiri tidaklah terlalu sukar berbanding ikan yang mendiami dasar laut dalam,” katanya, lapor Kosmo.

Ini teknik dan beberapa perkara yang biasa beliau gunakan:

1. Teknik ‘casting’ menggunakan gewang jenis ‘pintail’ seberat 20 gram (g) hingga 40g.

2. Teknik hanyutan menggunakan umpan hidup yang diikat pada belon atau botol.

3. Teknik ‘jigging’ bagi memburu spesies ikan yang berkeliaran di kawasan dasar laut menggunakan pemberat antara 60g hingga 100g mengikut kelajuan arus.

4. Teknik candat untuk menaikkan spesies sotong mabang yang menjadi kegilaan pemancing kerana saiznya yang besar mencecah sehingga 2 kilogram seekor.

Berkenaan joran pula, Yen memberitahu, dia hanya menggunakan set jenis sederhana yang dipadankan dengan perambut jenis kabel bagi memastikan ia tidak mudah putus ketika dibaham tenggiri.

Hasil tangkapan yang diperoleh pula kebiasaannya akan dibahagikan secara sama rata sesama rakan pemancing untuk dibawa pulang.

Baca:

Yang ada kencing manis kena hati-hati, ketahui waktu terbaik makan buah untuk dapatkan manfaat maksimum

Hilang selepas keluar dari MRT Sungai Buloh, rupanya dua hari kena ‘culik’ tak jumpa jalan pulang

Bertekak pun tak guna, benda dah jadi, ikuti 9 perkara patut buat kalau kemalangan jalan raya