Tak lama lagi lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri akan mula diputarkan di radio, televisyen, dan pusat membeli-belah.
Tapi tahun ini kita tak dapat cuti raya sebab bos dah pesan kita awal-awal kena kerja.
Sedih juga lah kena kerja pada pagi raya.
Kita kena faham pengorbanan yang kita buat ni, sebab nama pun kerja.
Mungkin tahun ni kita kena kerja, tapi siapa tahu tahun depan kita yang dapat cuti.
Hari Raya Aidilfitri ni memang ditunggu-tunggu oleh ramai orang sebab waktu ni kita boleh bergembira dan berkumpul dengan keluarga.
Betul kan?
Best ke kerja di hari raya?
Kalau kita fikirkan, ada juga di antara kita yang mengalami tekanan ketika menghadapi perayaan Hari Raya yang dikenali sebagai ‘festive stress’.
Ini berlaku kerana terpaksa bekerja semasa Hari Raya.
Hari Raya hanya berlaku sekali setahun tapi perayaan ini berlangsung sepanjang sebulan, kan?
Sepanjang bulan itu, korang masih boleh pulang ke kampung untuk merayakan bersama keluarga.
Mari kita lihat dari sudut yang positif bekerja ketika hari saya.
Mari kita kongsi kelebihan yang boleh dinikmati oleh mereka yang bekerja pada Hari Raya.
Korang memang beruntung!
1. Tak Perlu Berebut Parking!
Biasanya, mencari tempat letak kereta pada hari biasa sangatlah mencabar, kadang-kadang perlu berpusing-pusing sehingga 3-4 kali baru dapat tempat.
Tapi, korang yang bekerja semasa cuti raya memang bertuah, sebab boleh ‘parking’ kereta di mana-mana sahaja tanpa masalah.
2. Jalan Raya Tak Sesak!
Biasanya kita selalu perlu bangun awal jika nak pergi kerja supaya tak terperangkap dalam kesesakan, betul tak?
Tetapi sekarang ni, masa yang tepat untuk korang bangun lambat sikit sebelum ke tempat kerja sebab jalan raya akan sunyi macam dalam filem seram!
Korang bolehlah rileks sambil mendengar lagu Air Mata Syawal sambil menangis kerana rindu tak dapat pulang beraya!
Tapi ingatlah, walaupun jalan raya kosong, keselamatan tetap penting.
3. Boleh Buat Kerja Dengan Tenang!
Setiap kali masuk pejabat, kita perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan seperti perlahan-lahan memasang lagu, tidak boleh bercakap dengan kuat, dan sebagainya, betul tak?
Kali ini, pejabat itu adalah milik kita semua!
Sekaranglah peluang untuk memainkan lagu dengan kuat atau menari sepuas hati.
Tidak hanya itu, kita juga boleh bekerja dengan tenang kerana tiada sesiapa yang akan mengganggu.
Kalau nak ambil masa rehat lama-lama pun tak ada masalah, mungkin sempat tidur lagi.
Tetapi, sebelum tidur di pejabat, pastikan semua kerja telah diselesaikan ya!
4. Dapat Makanan Free!
Bagitahu siapa yang tak suka dapat makanan percuma?
Walaupun kena bekerja pada Hari Raya, korang masih boleh merasai kemeriahan Hari Raya.
Kadang-kadang, bos kita pesan makanan Hari Raya untuk staff yang bekerja.
5. Terselamat Dari Nak Bagi Duit Raya!
Hari Raya dah tiba, mestilah kita kena bagi duit raya, kan?
Tapi bila kita bekerja pada Hari Raya, kita boleh jimat duit raya untuk belanja nanti. Hehehe!
Bunyi macam best je, tapi di dalam hati mungkin ada rasa sedih juga sebab tak dapat balik raya, kan?
Raya sebulan, kata orang.
Begitulah kehidupan apabila kita sudah mula bekerja.
Siapa tahu pengorbanan yang kita buat boleh memberi kebahagiaan kepada orang lain.
Selepas kita selesaikan semua kerja, kita boleh pulang ke kampung dan beraya bersama keluarga tersayang.
Baca:
Menu bazar yang selalu ‘scam’ pembeli! Teliti dulu sebelum beli, jangan main ‘bantai’ je
Kombinasi rasa lemak & manis yang padu, ini cara senang buat jagung ‘cup’ ala pasar malam
Warga emas sambut hari jadi ke-80 dengan Tunku Azizah, siap dibelanja makan & dapat hadiah