Penyanyi terkenal negara, Dato Sri Siti Nurhaliza, tidak perlu diperkenalkan lagi kerana pasti semua orang di Malaysia mengenalinya.
Lagu-lagu beliau seperti ‘Jerat Percintaan’ masih relevan hingga sekarang, dan setiap lagu yang dikeluarkannya selalu mendapat sambutan yang hangat!
Baru-baru ini, Siti Nurhaliza kelihatan banyak menghabiskan masa untuk membuat siaran langsung di media sosialnya terutamanya di Instagram dan TikTok, terutamanya ketika berada di dalam kereta.
Selain itu, sejak anak-anaknya semakin besar, Siti Nurhaliza banyak meluangkan masa bersama mereka, terutamanya jika tidak ada pekerjaan pada hari tersebut.
“Dua Dah Ada Yang Jawab, Tinggal Satu Lagi”
Baru-baru ini, tersebar satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @sitinurhalizafan yang menarik perhatian ramai.
Video tersebut kini telah mendapat lebih daripada 93 ribu tontonan, 1.3 ribu tanda suka, dan 32 komen.
Dalam video itu, terlihat Tokti sedang bersantai di majlis ulang tahunnya yang ke-45, sambil menjawab soalan dari peminat-peminatnya.
Namun, ada satu soalan yang sangat menyentuh hati terutamanya rakan-rakan Datuk K dan tetamu yang hadir.
“Berikan nama 3 ex kekasih Datuk K”-Tanya mereka
“Ohh Encik Azmi tahu, kerana Encik Azmi memang penyimpan mohor besar. Okay, ini tak payah la eyy tak payah la jawab”-Kata Tokti
Namun begitu, Tokti tidak memberi jawapan kepada soalan itu kerana ia melibatkan perkara peribadi yang sebaiknya dielakkan.
Bagaimanapun, yang pasti, itu hanya satu lawak semata-mata untuk menambah keceriaan suasana.
Baca:
Garing dan sedap! Individu kongsi resepi roti bakar ala kopitiam, sesuai buat minum petang
‘Sedut dulu, baru pergi sekolah’ – Buat ‘spotcheck’ ada tak ‘pemetik api’ ini!
Hanya guna duit 10 sen untuk cek tayar kenderaan okay ke tidak