Kemlangan kalau nak berlaku memang sepantas kilat sahaja boleh terjadi termasuk semasa menggunakan eskalator.
Sedangkan orang dewasa pun kena berhati-hati semasa mula melangkah untuk naik atau turun guna eskalator, apa lagi kanak-kanak.
Pada 2 Februari lalu, seorang budak berusia enam tahun tersepit tangan kanan pada pemegang eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya.
Kanak-kanak perempuan itu diselamatkan bomba sejurus Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan mengenai kejadian pada 10.33 malam.
Menurut Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dengan kekuatan enam pegawai serta anggota dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati tangan kanan seorang kanak-kanak perempuan tersepit pada bahagian pemegang eskalator.
“Anggota kemudian mengeluarkan tangan kanak-kanak itu menggunakan peralatan khas dengan dibantu pihak penyelenggara stesen berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, tangan kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan dengan selamat dalam tempoh beberapa minit.
Kanak-kanak itu, tambahnya lagi, diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.
Baca:
Semua orang boleh buat duit, tapi kena ada 2 syarat ini macam Khairul Aming
Awas! Simptom bengkak atau benjolan mungkin tanda awal kanser NPC
Cepat buruk dan busuk! Ini rupanya cara simpan pisang elak cepat lebam