Realtime website trackingweb stats

Benda boleh gaduh buat apa mengalah, tak pasal-pasal cedera gara-gara berebut petak parkir

Oleh ADINDA

Benda boleh gaduh buat apa mengalah, tak pasal-pasal cedera gara-gara berebut petak parkir.

Dua lelaki bergaduh kerana berebut petak parkir kenderaan di Chinatown, Singapura, Ahad lalu, menyebabkan salah seorang daripadanya cedera ringan, lapor laman berita The New Paper.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 petang (waktu tempatan), lapor akhbar Shin Min Daily News.

Anggota polis dilihat menyoal dua lelaki tersebut yang masing-masing berpakaian kemeja hitam dan berbaju putih.

Lelaki berbaju hitam dilihat sedang mencari sesuatu di dalam kereta manakala lelaki berbaju putih kelihatan ditemani seorang wanita yang membawa anak kecil.

Sebuah ambulans turut berada di tempat kejadian kerana lelaki berbaju hitam dikatakan mengalami kecederaan ringan.

“Lelaki berbaju hitam itu memegang sepasang cermin mata pecah yang kelihatan rosak semasa pertengkaran tersebut,” kata seorang pekerja restoran.

Polis berkata, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan ringan tetapi enggan dibawa ke hospital, manakala seorang lagi lelaki yang sebaya dengannya sedang membantu siasatan.

Baca:

Oyen pun pandai tunggang agama, bukan main manja bertenggek atas kepala Tok Imam

Selepas tular bangunan ‘berhantu’ untuk FRU menginap hari mengundi, polis anggap wujud salah faham

Zuhud ke tak pendakwah selebriti naik kereta mewah termasuk vellfire, ini respons Ustaz Adnin