Benda boleh bertumbuk kenapa nak serah elok-elok, pemuda ini dapat ‘hadiah’ sejurus bangun tidur.
Seorang penghantar barangan bertindak menumbuk muka penerima bungkusan untuk ibunya sebanyak tiga kali sehingga mengakibatkan kecederaan kecil di sebuah blok perumahan di Yishun Street pada Khamis lalu, lapor portal berita.
Penerima bungkusan itu ialah seorang pemuda berusia 34 tahun. Mangsa memberitahu bahawa dia sedang tidur di rumah apabila dikejutkan oleh penghantar barangan tersebut.
Katanya, penghantar bungkusan tersebut yang menghantar bungkusan itu kemudian memintanya menandatangani borang pengesahan penerimaan kerana ibunya tiada di rumah.
“Saya bertanya kepadanya sama ada saya boleh menyemak bungkusan itu dahulu dan dia berkata tidak. Jadi, saya meminta dia balik dahulu dan datang semula untuk menghantar barang,” tambahnya.
Katanya, penghantar itu kelihatan sangat tidak sabar selepas mendengarnya malah memaki hamunnya beberapa kali.
Pemuda tersebut kemudian menolak penghantar barangan itu yang kemudian bertindak balas dengan menumbuk mukanya sebanyak tiga kali.
Dia yang marah bertindak menghubungi polis manakala pengantar barang itu segera melarikan diri dari tempat kejadian tetapi pemuda tersebut berjaya merakamkan gambar van yang dipandunya.