Realtime website trackingweb stats

Benarkah air cap badak penawar untuk demam panas? akhirnya terjawab

Oleh SHAZLIN AZIZ

Bila demam atau musim panas terik mesti orang sibuk cari dan minum air cap badak.

Ada yang minum kerana faham akan manfaatnya, tetapi ramai juga yang sekadar minum kerana ikut-ikutan dari orang lain.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan air cap badak dan perbezaannya dengan air minuman yang lain di pasaran.

Air cap badak adalah satu jenama buatan air yang sudah mula diperkenalkan di pasaran sejak tahun 1937 lagi oleh Kumpulan Wen Ken.

Walaupun namanya “badak” namun air ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan haiwan tersebut.

Benarkah air cap badak penawar untuk demam panas? akhirnya terjawab

Air jenis ini juga dikenali dengan jenama-jenama berdaftar yang lain seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan sebagainya.

Kandungan air cap badak

Kandungan air ini yang membezakan ia dengan yang lain adalah kandungan mineral kalsium sulfat di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calsitum.
Menurut perubatan tradisonal Cina, Gypsum Fibrosum dan Calsitum adalah mineral semula jadi.

Gypsum adalah terdiri daripada kalsium sulfat kontang, manakala calcitum atau batu kalsit adalah bentuk kalsium karbonat. Kedua-duanya berfungsi sebagai agen penyejuk kepada tubuh badan manusia.

Hal ini kerana, menurut kajian kombinasi kedua-dua bahan ini akan memberi keseimbangan kepada unsur panas dan sejuk dalam badan seseorang.

Panas yang dimasukkan di sini adalah perubahan suhu dalam badan yang berlaku kepada sesetengah individu disebabkan oleh kesan dari demam, sakit tekak, ulser mulut, jerawat, air kencing gelap dan/atau rasa dahaga yang berlebihan.

Oleh kerana itulah, ramai orang memilih untuk minum air ini selepas makan atau demam khususnya,

Beza dengan minuman lain

Air cap badan memang berbeza dengan mana-mana air mineral yang biasa ada di kedai.

Hal ini kerana, air ini mengandungi kandungan herba tradisional Cina iaitu Gypsum Fibrosum dan Calsitum.

Manfaat air penyejuk kepada kesihatan

Air penyejuk sangat bermanfaat untuk melegakan demam, menyejukan badan ketika cuaca panas, dan melegakan kepanasan apabila mengambil makanan panas seperti daging, makanan bergoreng, makanan laut, dan buah durian.

Keberkesanan kepada kesihatan

Bila sentuh soal keberkesanan air penyejuk ini, ia pada umumnya terpulang kepada setiap individu itu sendiri.

Sejujurnya, air ini memberi kesan positif kepada diri terutamanya yang berkaitan untuk masalah sembelit, sakit kepala dan panas badan.

Namun begitu, pastikan ia diambil mengikut kadar yang sepatutnya dan tidak melebih. Nasihat ini ditujukan khusus juga kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit buah pinggang atau tekanan darah yang lain.

Sentiasa rujuk dan runding dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat kesihatan yang lebih mendalam.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan air cap badak ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

BACA:  Doktor pelik kenapa buruh binaan Bangladesh ini pakar dengan jenis ubat, rupanya ahli farmasi