Pastinya pernah berlaku kes di mana barang yang kita beli dan barang sampai adalah dua benda berbeza.
Bila nak minta penjual hantar barang sebenar bukan main banyak lagi alasan diberikan hingga akhirnya pembeli pula terpaksa mengalah.
Menerusi Facebook Aini Noraini, pengguna ini menceritakan pengalaman penjual salah hantar barang yang dibeli.
Menurutnya dia membeli tudung bawal batu semasa jualan dalam siaran langsung di satu aplikasi namun apabila sampai bawal diterima adalah jenis kosong.
Bukan setakat design berbeza malah harga tudung jauh lebih murah dari tudung yang dibayarnya.
Berikutan itu dia terus menghantar mesej kepada penjual dan dijanjikan tudung tersebut dihantar kepadanya namun selepas seminggu masih tiada kelibat barang tersebut.
Tidak mahu menunggu lebih lama, Aini terus membuat aduan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).
“Pantas tindakan KPDN. Bila maklumat lengkap, esoknya KPDN terus call tanya cerita semua.
“KPDN buka kertas siasatan dan hubungi penjual untuk selesaikan masalah segera sebelum kena saman,” ujarnya.
Selepas dihubungi pegawai KPDN, laju penjual hantar barang sebenar padahal sebelum ini kata sudah hantar dan sibuk dengan ‘live’.
“Pegawai KPDN ajar, kalau penjual tak pos semula tudung tu, bagitau je KPDN akan teruskan dengan saman.
“Terus penjual hubungi minta maaf, dia kata parcel hilang dan macam-macam la alasan dia.
“Bila tanya, tudung yang tak ada batu ni nak pos ke macam mana, dia kata ambil sahaja. Sekarang ada 10 helai tudung, rezeki Allah,” tambahnya.
Kalau ada pembeli yang menghadapi masalah sama, boleh guna cara ini biar penjual tahu tak semua senang ditipu.
Jika terbeban dengan pembeli terlalu banyak, penjual boleh limit jumlah penjualan sehari dan bukannya biar sahaja segala pesanan bercampur.
Baca juga: Sayang pokok berbuah lebat tapi buahnya tidak manis, ini rahsia ramai terlepas pandang