Tak Perlu Beli, Lelaki Kongsi Tip Tanam Cendawan Tiram Kat Rumah.
Tentunya ramai di antara kita suka makan cendawan goreng tepung, kan? Cendawan tu rangup sebab digoreng panas, jadi memang jadi makanan popular.
Biasanya, kita nampak banyak cendawan tumbuh liar kat pokok mati.
Tapi, pernah tak terfikir nak tanam cendawan sendiri? Salah satu jenisnya, Cendawan Tiram, boleh jadi pilihan anda.
Yang bestnya, tanam cendawan ni senang sangat, dan kita boleh pilih nak hasilkan banyak ke tak.
Nak tahu lebih lanjut? Jom tengok perkongsian Tariq Syahman kat bawah ni.
Patutnya semalam saya nak petik cendawan tiram putih ni tapi saya lupa.
Pagi tadi saya tengok dah berkedut-kedut keliling kelopaknya. Terus saya petik dengan cepat.
Cendawan ni kalau dipetik lewat, memang akan berkedut dan ada sedikit warna kuning pada batangnya.
Kalau kita petik pada masanya, kita akan dapat cendawan yang besar, gebu, dan putih bersih.
Tapi kalau petik lewat sedikit macam ni, takpe juga. Rasanya tetap sama. Hanya dari segi rupa dia kurang cantik sikit.
Sebelum ni saya pernah cerita, kalau kawan-kawan ada balkoni atau ruang teduh di rumah yang tak sesuai untuk tanam pokok, lebih baik tanam cendawan di situ.
Penjagaannya mudah. Beli saja cendawan yang sudah masak. Lepas tu sediakan tempat yang sesuai.
Cendawan sebenarnya tak perlu tempat yang gelap sangat. Dia hanya perlukan tempat yang redup dan ada aliran udara yang baik.
Kalau tempat itu panas, kena lah rajin sediakan kelembapan di kawasan itu.
Tapi kalau tempat itu tidak terlalu panas, letakkan saja tuala yang lembap di bawah bongkah itu sudah mencukupi.
Satu lagi perkara yang menarik tentang ternak cendawan ni yang mungkin ramai tidak tahu.
Kita boleh menyekat atau membuka pengeluaran cendawan itu. Kalau nak menyekat, kita hanya perlu tutup mulut bongkah cendawan itu rapat-rapat. Kalau nak membuka, kita hanya perlu membuka semula.
Apabila mulutnya tertutup, dia tidak akan mengeluarkan cendawan itu. Apabila kita membuka nanti, barulah dia akan keluar semula.
Sebelum saya bercuti panjang baru-baru ini, saya tutup semua bongkah itu walaupun ada yang menunjukkan tanda-tanda ingin ‘berbuah’. Selepas hampir 3 minggu ditutup, saya membuka semula. Itulah yang kemudiannya semua keluar dengan banyaknya.
Hari ni saya tuai banyak hasil daripada kebun mini saya. Ada beberapa lagi yang belum cukup masak. Mungkin esok atau lusa baru saya boleh tuai lagi.
Hai semua, saya Tariq. Saya suka berkebun di sekitar rumah.
Saya tanam pokok-pokok untuk kegunaan sendiri, baik di tanah, dalam pasu, atau secara hidroponik.
Saya juga menanam cendawan. Jika anda suka kandungan seperti ini, bolehlah mengikuti saya.
Terima kasih!
Baca:
Anak lelaki pun kena jaga pergaulan mereka,banyak kes HIV dan Aids dalam peringkat umur ini