Realtime website trackingweb stats

‘Belakang badan dia banyak ruam’, ada hikmah juga dia rakam video bersesak mahu cium Hajar Aswad

Oleh ARIF ABDULLAH

Tak habis lagi kisah Hafiz Mahamad apabila terdapat netizen yang tajam matanya mendakwa pempengaruh media sosial itu ada masalah ruam di belakang badan.

Pengguna Facebook Nur Adnin Abdul Razak berkata, dia tidaklah mahu mengaibkan pempengaruh itu sebaliknya Hafiz sendiri mendedahkannya sendiri.

“Tenang kawan. Sebenarnya ada hikmah Hafiz Mahamad rakam video mereka di sana.

'Belakang badan dia banyak ruam', ada hikmah juga dia rakam video bersesak mahu cium Hajar Aswad

“Sekurang-kurangnya kita semua dapat tahu, belakang badan dia banyak ruam.

“Maknanya klinik Aina sendiri pun tak mampu nak cantikkan kulit badan dia.

“Bukan aku yang bukak aib dia. Dia sendiri tunjuk. Depan Kaabah lagi. Done hiris bawang,” kata Nur Adnin secara sinis.

Hafiz yang terkenal kerap membuat kejutan kepada isterinya baru-baru ini mengundang cemuhan orang ramai apabila didakwa buat ‘content’ untuk mencium Hajar Aswad.

Dia yang bersesak-sesak dan menarik kumpulan jemaah terdiri kakitangannya untuk mencium Hajar Aswad mengejutkan netizen apabila kain ihram dipakainya terbuka sehingga menampakkan tubuh sasanya.

Namun, usahawan berkenaan dalam reaksi balasnya berkata, video dimuat naiknya itu bukan ‘content’ yang dibuat untuk mencari perhatian hingga ibadahnya terabai.

“Benda itu (cium Hajar Aswad) dibuat selepas kita tawaf sunat, selepas buat umrah, selepas kita solat Duha, solat di Hijir Ismail, yang wajib semua kita selesaikan baru kita pergi ke perkara sunat.

“Ia (video) dirakam pasukan saya atas dasar kenangan, semuanya pasukan yang ambil.

“Saya hanya fokus jaga keselamatan pasukan yang saya bawa dan Alhamdulillah, tiada apa memudaratkan diri pasukan saya keluar dengan selamat cuma saya sakit pinggang sikit sebab kena tahan orang.

“Kalau tak tahan, tak sekat, tak lindung habislah pasukan perempuan saya lemas,” alasannya.

Aksi ‘berani belanja’ itu turut mengundang teguran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau menasihatkan jemaah haji dan umrah untuk tidak berebut-rebut merakam video dan gambar mencium Hajar Aswad jika ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai.

Malah, Dr Zulkifli memaklumkan sampai hukum mencium Hajar Aswad adalah haram jika menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain atau membahayakan.

Baca:

Terlalu laju masa ‘kona’, pemandu wanita kontena muatan berat cedera lori terbabas

Elak tauke minyak sentiasa untung, pembeli perlu bijak isi minyak dalam jumlah liter, bukan RM

Guru lukis mural Sofyank di dinding sekolah, layak dilabel sebagai contoh yang baik untuk anak muda