Realtime website trackingweb stats

“Belah perempuan nak mudah-mudah je tapi belah laki ego” – Mas kahwin buat dua keluarga bergaduh

Oleh NURAIMAN

Assalamualaikum..

Saya sekadar hendak berkongsi sedikit kisah tentang bab mas kawin dan hantaran.

Semoga boleh jadi pedoman dan pengajaran.

Cerita ini terjadi dalam kalangan keluarga terdekat saya.

Belah-perempuan-nak-mudah-mudah-je-tapi-belah-laki-ego 01

Masa perbincangan pihak keluarga lelaki dan pihak keluarga perempuan.
Biasanya keluarga perempuan ni memang tidak letak pun hantaran, sebab orang Kelantankan.

Kira semua atas mas kawin sahaja.
Masa perbincangan tersebut awal-awal sudah keluarga perempuan maklumkan ikut kemampuan pihak lelaki sahaja.

Lepas tu awalnya cadang bagi gelang emas sahaja, pastu mas kahwin tu tak kisah lah berapa.

Masa berbincang memang bukan majlis tunang ke apa, pihak perempuan yang datang jumpa keluarga lelaki.

Kiranya pertemuan untuk kenal-kenal lepastu bincang terus.

Memang keluarga perempuan nak mudahkan urusan dan nak jimat kos.
Masa dalam perbincangan tu, keluarga perempuan bagitahu la takda hantaran, mas kawin sahaja.

Ikut kemampuan sahaja hendak beri berapa.

Keluarga lelaki pun beritahulah kalau macam tu tak apalah, nanti untuk majlis mereka nak berilah juga sedikit duit untuk belanja. Sebab sudah tiada hantaran.

Ni memang keluarga sendiri yang bagitahu,tanpa keluarga perempuan minta.

Selang beberapa minggu lepas tu, si lelaki call maklumkan dia tak jadi bagi gelang tapi dia bagi mas kahwin RM3000.

Kami pun cakap la masa tu, duit mas kahwin tu tidak perlu banyak pun tiada masalah.

Bagi gelang sudah.. tapi mereka berkeras juga nak macam tu.

Kami pun ikutkan la, dan borang semua isi dah berapa mas kawin dalam borang tu.

Bulan berganti bulan bakal pengantin lelaki dan perempuan settlekan borang.
Cop sudah semua.

Nak dijadikan cerita, keluarga perempuan datanglah sekali lagi untuk tanya tentang persiapan dan majlis.

Dan masa itu jugalah mereka ingat keluarga lelaki nak bagi la duit untuk buat majlis tu.

Kira topup sikitlah untuk majlis, dan keluarga lelaki kata nanti dia bagila tapi bukan haritu.

Mereka akan transfer, pastu keluarga perempuan pun ikut sahajalah.

Tiba beberapa minggu nak dekat majlis, keluarga si lelaki diberi ujian.

Nak dijadikan cerita ada kes mahkamah dan terpaksa bayar saman.

Lebih kurang macam tu la. Dan terpaksalah mereka settlekan kes tersebut dengan menggunakan duit RM3000 untuk mas kawin ni.

Dan lepas pada itu terjadilah salah faham sikit, si lelaki tanya kat si perempuan boleh ke beri dulu mas kahwin RM2000, lagi RM1000 tu akan diberi selepas kahwin.

Si perempuan, muda lagi, mana pernah ada pengalaman dengan lurusnya dia kata dia tak kisah tapi kena tanya keluarga dia.

Lepastu si lelaki terus pergi call salah sorang keluarga perempuan tu tanya.
Kalau ikutkan tak boleh la sebab dah isi borang semua, dah cop dah tetapkan macamtu.

Bukan tidak faham keadaan sebab masa akad pun tok kadi akan tengok duit mas kawin tu. Saya dulu kawin tok kadi tengok.

Keluarga perempuan terkejutlah sebab macam sengaja pula buat macam tu.

Sebab awalnya keluarga perempuan bagitahu dah, bagi gelang sahaja pun cukup sudah.

Tiba-tiba bila jadi macam ni, macam nak main-main pulak.

Dan dicop pula tak faham keadaan.

Jadi untuk selesaikan masalah tersebut, keluarga perempuan maklumkan elok-elok benda sudah tidak boleh nak diubah dah, sebab dekat borang dah tetapkan macamtu.

Kalau tidak kena buat borang baru la, borang nikah ni kalau hendak diselesaikan akan memakan masa juga.

Memang agak teganglah sikit salah faham ini sebab keluarga perempuan rasa macam nak permainkan pon ada.

Tapi perkara sudah jadi tak boleh buat apa.

Keluarga perempuan pulak jenis cakap, bincang sekali sahaja, jenis tidak suka cakap banyak kali, pusing-pusing..

Macam sengaja buat pun ada mereka fikir, yela majlis dah nak dekat.

Persiapan semua dah buat, nak tak nak perlu diteruskan juga.

Jadi disebabkan borang pun dah siap semua pihak perempuan tak boleh nak buat apa.

Keluarga lelaki pula anggap yang mereka tak faham keadaan.

Akhirnya keluarga si lelaki beritahu, mereka akan settlekan dengan cara lain sebab nak buat macam macam minta tak boleh dah.

Borang siap cop pengesahan, semua memang tak boleh ubah dah.

Sebagai orang yang dah kawin, saya nak pesan la kepada adik-adik yang bakal berkahwin.

Korang buat la ikut kemampuan.
Berilahlah ikut kemampuan dan tidak perlu hendak tunjuk yang kamu ni mampu beri banyak.

Sebab kita tak tahu musibah yang akan datang macam mana.

Contoh keluarga lelaki ni, dah bagitahu nak bagi banyak mana tiba nak hutang-hutang.

Tidakkah ia sudah memalukan keluarga dan diri sendiri.

Sepatutnya tak perlu bertanya kepada keluarga perempuan, selesaikanlah sampai boleh.

Cara macam yang dibuat itu nampak memalukan sebab awal dah sanggup tapi tiba tak dapat pulak.

Padahal keluarga perempuan tu jenis mudah je, kalau mengaku setakat yang mampu sekalipun mas kahwin tidak Sampai beribu pun mereka tak kisah.

Yang mereka kisah cakap macam putar belit, macam nak tipu mereka itu yang mereka pantang.

Bukan masalah berkira bab duit, tapi kita manusia ni walau bagaimanapun pun tidak perlu menunjuk.

Biar orang nampak sendiri kita ni seadanya, tidak perlu bercerita, kita ni ada segalanya.

Bila sudah jadi seperti ini bukankah memalukan diri??

Keluarga perempuan bukan jenis berkira cuma lebih baik jadi diri sendiri dan jangan menunjuk.

Mungkin dengan dugaan yang menimpa keluarga lelaki tu,Tuhan nak mereka belajar merendah diri.

Alhamdulillah selepas kejadian ni kedua-dua keluarga saling meminta maaf sebab salah faham.

Dan semoga semuanya dipermudahkan.

Sebagai perempuan kita memang sayangkan bakal suami kita tapi kita kena ada harga diri.

Biar lelaki ada rasa tanggungjawab nak ambil kita daripada ibubapa kita.

Bukan kita mata duitan ke apa, dalam Al Quran pun Allah sudah sebut berkenaan mas kawin.

Jadi takda salahnya kita minta mas kawin yang dia mampu bagi.

Semoga kisah ni dapat dijadikan pengajaran buat semua yang bakal berkahwin dan mendirikan rumahtangga.

Bukan niat mengaibkan sesiapa tetapi kita boleh ambil pengajaran dari kisah ni.

Islam tu mudah dan tidak perlu sulitkan.

Hidup di dunia janganlah kita sombong dengan harta kita ada sebaiknya merendah diri dan tidak perlu menunjuk-nunjuk.

Sekian..

(Semoga kisah ni kita boleh amik iktibar dan belajar daripada kesilapan)

 

Baca : 

“Bila nak tidur datang bisikan suruh saya terjun balkoni, tusuk pisau di perut”- Khai Bahar 

“Saya sedang berselera dan seronok” – Diana Danielle tampil jawab dakwaan sedang hamil 

“Bagus PLKN, boleh buka otak” – Nourul Depp tawar diri nak jadi jurulatih PLKN