Ibu kepada Syamsul Yusoff, Datin Patimah Ismail sekali lagi menyatakan sokongannya kepada bekas menantunya, Puteri Sarah.
Datin Patimah, bersama suaminya, Yusoff Haslam, baru-baru ini meluangkan masa bersama bekas menantu mereka dan cucu-cucu mereka.
Beliau menyatakan bahawa mereka sentiasa menyayangi Puteri Sarah kerana dia seorang menantu yang baik.
Namun, malangnya, rumah tangga Puteri Sarah hancur disebabkan penyondol yang kejam.
Datin Patimah menegaskan bahawa dia tidak menyokong tindakan anak lelakinya, Syamsul Yusoff, yang telah bernikah di Thailand sebelum ini.
Tindakan ini menjadi punca kepada perpecahan dalam keluarga mereka.
Namun, ini tidak bermaksud Datin Patimah tidak mengasihi anak lelakinya.
Dia hanya berasa sedih apabila mengetahui ada orang lain yang merampas kebahagiaan menantunya.
Di laman Instagram miliknya, Datin Patimah berkata: “Assallam, tidak sokong anak bukan bermakna tidak sayang.
“Kasih sayang kami kepada Puteri Sarah adalah kerana dia menantu yang menjaga anak-anaknya dengan baik sepanjang bersama Syamsul.
“Namun kebahagiaannya digugat oleh penyondol kejam.”
Netizen kagum dengan Datin Patimah kerana dia dianggap sebagai ibu yang penyayang yang tidak memenangkan anaknya dengan apa yang terjadi.
Mereka juga menghargai cara Datin Patimah menjaga hubungan baik dengan bekas besannya.
Puteri Sarah sendiri turut menyatakan rasa kasih sayangnya kepada Datuk Yusoff Haslam dan Datin Patimah dalam ruangan komen.
Sebelum ini, Datuk Yusoff Haslam sendiri telah berdoa agar Puteri Sarah akan bertemu dengan pasangan yang baik dalam masa akan datang.
Baca:
Pulut bakar juadah berbuka hanya perlukan 6 bahan ini, bau semerbak sudah bukan rahsia lagi
Petua simpan tauhu supaya tahan lebih lama dalam peti ais
6 sebab tetap gemuk walaupun berpuasa dan panduan mengatasinya