Realtime website trackingweb stats

Bekas atlet pedang, rupanya pernah tunjuk isyarat minta tolong dari keganasan rumahtangga

Oleh NUR KASIH

Sekian lama bersabar, semalam bekas atlet lawan pedang, Cut Intan Nabila, akhirnya nekad mendedahkan

penderitaan yang dialaminya selama 5 tahun sejak mendirikan rumah tangga dengan Armor Toreador.

Wanita berusia 23 tahun itu bukan sahaja diselingkuhi, malah kekasaran telah menjadi ‘makanan’ sehariannya.

“Sudah berkali-kali saya maafkan, tapi dia tak pernah berubah”

Dalam video yang dikongsikan, Armor, yang ketika itu berada dalam bilik tidur, mula bertindak kasar tanpa menghiraukan raungan Nabila.

Bekas atlet pedang, rupanya pernah tunjuk isyarat minta tolong dari keganasan rumahtangga

Lebih teruk lagi, kakinya turut terkena bayi mereka yang sedang terbaring di penjuru katil.

“Selama ini saya bertahan demi anak, ini bukan kali pertama saya mengalami KDRT (kekerasan dalam rumah tangga). Ada puluhan video lain yang saya simpan sebagai bukti. Kami sudah 5 tahun berkahwin, banyak nama wanita yang mewarnai rumah tangga kami, termasuk beberapa teman saya.

“Ternyata benar, perselingkuhan dan KDRT tidak akan pernah berubah. Maafkan saya jika selama ini menutup diri dan membuat beberapa konten yang mungkin menyinggung. Saya selama ini menjaga aib rumah tangga kami dan menjaga martabatnya. Hari ini saya sudah tidak mampu menahan semua ini sendiri.”

Kesan lebam dikesan dalam video Nabila

Tinjauan semula pada rakaman yang dimuat naik 6 hari lalu, sewaktu Nabila sedang menyusun stok susu anak, menunjukkan Intan pernah membuat isyarat 4 jari sebagai petunjuk meminta bantuan.

Video tersebut sengaja diperlahankan pada saat ke 0:11 supaya imej isyarat tersebut lebih jelas.

Ibu Nabila beri restu kahwin & hembus nafas terakhir seminggu kemudian

Difahamkan, perjalanan Armor dan Nabila untuk berkahwin pada tahun 2019 tidak mudah kerana pernah ditentang oleh keluarga Nabila. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan 3 orang anak.

Namun, kehidupan Nabila akhirnya bertukar duka, termasuk dikasari dalam waktu berpantang.

BACA: Ramai tak tahu nilai jeruk kulit limau setanding dengan harga emas tulen!