Realtime website trackingweb stats

Basuh tekak dengan hidangan jelly laici yang senang nak buat, pasti tak cukup satu!

Oleh SHAZLIN AZIZ

Kebanyakan negeri di negara kita sekarang sering mengalami cuaca panas.

Bila kita duduk di luar walaupun sekejap, terasa perit di tekak.

Oleh itu, untuk meredakan rasa sakit tekak, makanan pencuci mulut yang sejuk sering menjadi pilihan.

Basuh tekak dengan hidangan jelly laici yang senang nak buat pasti tak cukup satu

Dalam artikel ini akan memperkenalkan satu resepi jeli yang menarik, cantik, dan sedap.

Resepi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, iaitu Nor Misnor.

Berikut adalah senarai bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaannya.

Bahan-bahan:

• 2 sachet jelly powder nutrijell( 1sachet 400 ml)
• 1/2 cawan gula pasir (kalau suka manis boleh tambah lagi gula, resipi ini manis-manis buah sahaja.
• 1 tin laici
• 1 sudu teh sirap ros ( boleh tambah jika inginkan warna yang lebih merah.
• 2 sudu makan biji selasih (rendam bg kembang)
• 3 cawan air
• 1 cawan air laici tin
• Cincau (tambahan ikut citarasa)

Cara penyediaan:

1. Campurkan gula dengan jelly. Kemudian tambahkan air dan air laici. Panaskan sehingga mendidih.
2. Kemudian, masukkan biji selasih dan bahan hiasan. Anda juga boleh letakkan bahan hiasan dalam bekas.
3. Tuangkan adunan jelly ke dalam bekas yang anda suka.
4. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan dalam peti sejuk.

Kongsi pencipta resepi ini tidak memakai acuan jelly tetapi menggunakan acuan kaswi yang sedang popular.

Tampil menarik dan menambah selera untuk dimakan.

Para ibu boleh mencuba membuatnya untuk anak-anak yang pemilih tentang makanan ini.

Selamat mencuba!

Baca:

Akhirnya pemilik bagasi berisi RM500,000 muncul, tapi masalah lain pula timbul

Selepas merayu pekerjaan, bapa 11 anak ini sekarang dah jadi model baju Melayu dan promosi jenama daging kambing perap

“100% ori…” – Netizen mengucap panjang tonton MV raya Aliff Syukri, gila ‘glamour’ tiap kali Ramadan