Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya telur buaya boleh makan, ini pengesahan pejabat Mufti Wilayah

Oleh ADINDA

Persoalan yang sering timbul adalah mengenai hukum memakan telur haiwan, terutamanya dari spesies yang jarang dijadikan santapan.

Baru-baru ini, kisah pasangan suami isteri yang menggoreng telur buaya dan memuat naik video mereka di TikTok telah mendapat perhatian netizen di negara ini.

Oleh itu, apakah hukumnya memakan telur haiwan, khususnya telur buaya yang merupakan haiwan dua alam ini? Jawapannya ada di bawah!

Secara umum, daging buaya dikategorikan sebagai najis kerana ia bukan dari jenis haiwan yang halal dimakan, sama ada disembelih atau tidak.

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah:

Baru tahu rupanya telur buaya boleh makan, ini pengesahan pejabat Mufti Wilayah

“Buaya adalah haram dimakan mengikut pendapat yang sahih.” Rujuk Raudhah al-Talibin (3/275).

Ini kerana buaya meskipun dilihat hidup dua alam tetapi ia lebih bersifat haiwan darat yang menerkam mangsanya dengan taring dan bukan sepenuhnya hidupan akuatik. Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (9/379) oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah; Mughni al-Muhtaj (6/146) oleh Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah.

Ini bersesuaian dengan hadith Abu Tha`labah RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ أَكْلِ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menegah daripada memakan setiap haiwan yang memiliki taring haiwan pemburu.” Riwayat al-Bukhari (5530) dan Muslim (1932)

Berdasarkan kapsyen saudara Khairul Johari di video tersebut, rasa telur mata buaya adalah kenyal dan sedikit berlemak terutama telur kuningnya. Cuma, bahagian telur putih mempunyai rasa sedikit berbeza.

“telor mata buaya ni rasa kenyal2 n creamy2 sikit.. tang kuning sedap.. tang putih tu rasa lain macam sikit,” ujarnya di kapsyen.

Melalui portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berdasarkan para ulama’ mazhab al-Syafie mengenai hukum memakan telur haiwan, secara asasnya membolehkan untuk memakan telur haiwan. Lihat al-Mu’tamad (2/588).

Namun, sekiranya memberikan mudarat maka haram dimakan telur tersebut. Ini selaras dengan hadith Nabi SAW:

لَا ضَرَرَ وَلا ضِرَار

Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain.” Riwayat Ibn Majah (2341)

Malah, perkara ini turut dibahaskan oleh beberapa fuqaha’ Mazhab al-Syafie antaranya:

سَائِرُ الْبُيُوضِ طَاهِرَةٌ وَلَوْ مِنْ غَيْرِ مَأْكُولٍ وَإِنْ اسْتَحَالَتْ دَمًا بِحَيْثُ لَوْ حُضِنَتْ لَفَرَّخَتْ، وَلَكِنْ يَحْرُمُ أَكْلُ مَا يَضُرُّ كَبَيْضِ الْحَيَّاتِ

Maksudnya: Kesemua telur suci meskipun daripada [haiwan yang] tidak di makan [dagingnya], walaupun telah berubah [menjadi] darah di mana jika diperam, akan menetas. Namun diharamkan memakan apa yang memudaratkan seperti telur ular. Lihat kitab Qalyubi wa Umairah (1/82)

Imam al-Suyuthi menyatakan hukum memakan telur haiwan-haiwan dan telur ular adalah:

. لَيْسَ لنا بَيْضٌ يُحَرِّم أَكْلَهُ وَاِسْتَثْنَى بَعْضَهُمْ بَيَّضَ الحَيَّاتِ وَالحَشَرَاتِ وَ لَا شَكَّ فِيهُ

Maksudnya: Tiada telur yang diharamkan bagi kita memakannya. Sesetengah [daripada] mereka (ulama Mazhab al-Syafie) mengecualikan telur ular dan serangga. Tiada syak padanya (pengecualian ini). Lihat al-Asybah wa al-Nazoir (1/695).

BACA: 5 ramalan ‘engineer’ tahun 1900 benar-benar terjadi, no.2 tu menyeramkan