Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya ibu bapa ada anak OKU boleh dapat road tax free! Ini caranya

Oleh NUR KASIH

Masih banyak yang tidak menyedari bahawa caj cukai jalan (road tax) adalah percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Bukan hanya OKU yang layak memohon, ibu bapa atau penjaga mereka juga boleh memohon,

asalkan nama pemilik kenderaan tersebut didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Seorang pengguna Facebook, Akhi Akmal, telah berkongsi panduan bagaimana individu atau waris OKU boleh memohon road tax percuma ini.

Dalam perkongsian tersebut, dijelaskan bahawa waris yang ingin memohon road tax percuma

Baru tahu rupanya ibu bapa ada anak OKU boleh dapat road tax free! Ini caranya

hanya boleh melakukannya di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan atau JPJ Negeri sahaja, tidak boleh di tempat lain.

Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa, termasuk dokumen asal dan salinan:

1. Kad OKU

2. Kad pengenalan OKU

3. Kad pengenalan waris

4. Lesen waris

5. Geran kenderaan

6. Isi borang permohonan di kaunter JPJ

Kad OKU adalah salah satu dokumen yang wajib dibawa ketika mahu memohon roadtax percuma. Gambar hiasan

Syarat permohonan:

1. Mempunyai lesen memandu

2. Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja

3. Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.

Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Sebagai contoh, sekiranya individu OKU sendiri memohon untuk dirinya, maka waris dikira tidak berkelayakan.

Untuk makluman, caj percuma hanya untuk road tax sahaja. Insuran tetap kena bayar.

BACA: Dah tahu punca kematian, tapi kenapa kena buat bedah siasat juga? Ini jawapan pakar