Nak tukar bateri, tapi tercampur pulak bateri baru dengan yang lama. Jenis bateri pulak sama, dah tak tahu mana satu yang lama dan baru.
Kalau jadi begini macam mana nak bezakan? Biasa kita buat masukkan bateri dalam remote untuk test tapi lepas ni tak payah susah susah.
Boleh guna tip yang dikongsi boleh Jason Jezi ini ya.
Cara bezakan bateri lama dengan yang baru
Untuk kenal pasti bateri lama dan baru caranya mudah saja.
1. Ambil dua bateri dan jatuhkan ke permukaan meja atau lantai.
2. Lihat tindak balas semasa bateri jatuh. Bateri yang melantun beberapa kali menandakan ia bateri lama kerana sudah kosong.
3. Bateri yang tidak melantun adalah bateri baru, kerana masih penuh. Mudahkan!
BACA: Ini rahsia penjual nasi lemak ramai tak tahu, ikan bilis goreng rangup tahan lama