Realtime website trackingweb stats

Baru tahu pelembut fabrik ada fungsi lain, guna tips ini

Oleh NUR KASIH

Penemuan cebisan tisu dan kertas melekat di pakaian lembab merupakan salah satu kejadian yang paling tidak menyenangkan khususnya bagi suri rumah.

Tidak hanya melekat di semua pakaian dalam mesin basuh, kertas dan tisu hancur ini juga sangat sukar ditanggalkan walaupun kain yang terjejas dibasuh semula.

Mengundang tekanan, kejadian ini boleh bertukar menjadi mimpi buruk sekiranya cebisan tersebut melekat pada pakaian atau kain yang berwarna hitam khususnya.

Tidak perlu lagi risau jika kejadian ini berulang kembali, seorang rakyat Jepun tampil berkongsi rahsia mereka mengenai cara paling senang untuk menghilangkannya.

Hanya memerlukan satu bahan iaitu pelembut pakaian (fabric softener) berikut kami kongsikan langkah-langkah berkensan bagi menghilangkan cebisan tisu dan kertas.

Baru tahu pelembut fabrik ada fungsi lain, guna tips ini

“Saya sangat kagum apabila mendapati bahawa pakaian yang mengalami ‘tragedi’ dilitupi cebisan tisu boleh menjadi bersih jika dicuci semula dengan pelembut kain.

“Jangan ragu-ragu letakkan seberapa banyak pelembut pakaian yang anda suka! Terima kasih pelembut kain, anda penyelamat,” tulis pengguna laman X bernama 雪乃.

Cara-cara:

1. Langkah pertama, masukkan semula baju ke dalam mesin basuh sebelum tuangkan pelembut pakaian pilihan sebanyak mana yang anda mahukan.

2. Pastikan mesin basuh dihidupkan dengan tetapan rinse (bilas) dan spin (putar) sahaja.

3. Selepas putaran selesai, cebisan tisu dan kertas dipercayai tidak akan melekat lagi di pakaian anda.

Tular di media sosial, ada juga pengguna platform sama tampil meninggalkan komen berkongsi kaedah lain bagi mencuci pakaian dari kotoran ini dengan cara lebih mudah.

Kaedah kedua ini khusus buat mereka yang memiliki mesin pengering di rumah di mana pengguna hanya perlu memasukkan kain dikotori tisu ke dalam peralatan elektrik tersebut.

Difahamkan, sebaik sahaja peralatan elektrik itu selesai digunakan segala kekotoran iaitu cebisan tisu dan kertas bakal hilang sekelip mata dipercayai berpunca daripada suhu mesin yang tinggi.

Baca juga: