Realtime website trackingweb stats

Baru tahu orang Israel pun boikot Mekdi, alasannya memang legit

Oleh FATIN AQILAH

Ramai orang mendakwa bahawa McDonald’s memberikan sumbangan kepada Israel.

Hal ini menyebabkan orang ramai memboikot McDonald’s di negara kita.

Hingga restoran McDonald’s di Danau Kota dan Kota Masai menjadi sepi.

Tetapi adakah ramai yang tahu bahawa Israel juga pernah memboikot McDonald’s?

Persoalannya kenapa Israel boikot McDonald’s?

Ketika pertama kali McDonald’s memasuki Israel, ramai orang di sana tidak menerima kedatangan mereka.

Ini disebabkan oleh McDonald’s tidak mematuhi peraturan kosher atau halal dalam versi Yahudi.

Paling jelas sekali adalah cheeseburger.

Ini kerana orang Yahudi tidak dibenarkan untuk makan daging bersama-sama dengan produk tenusu.

Respon cepat daripada McDonald’s membuatkan mereka bukan restoran kosher pertama di Israel.

Selepas penyelesaian kes itu, timbul isu lain.

Menteri Kesihatan menyatakan bahawa Mcdonald’s tidak baik untuk kesihatan.

Beliau juga mengharapkan rakyat Israel untuk tidak menyokong Mcdonald’s kerana boleh menyebabkan penambahan berat badan jika makan terlalu banyak.

Dengan itu, Mcdonald’s seperti biasa menambah pelbagai jenis salad dalam menu restoran mereka.

Malah, menteri kesihatan Israel menyatakan bahawa makanan tersebut tidak baik untuk kesihatan.

Ini disebabkan hidangan utama masih adalah burger.

Beliau bahkan menyindir bahawa hanya orang yang kurang waras sahaja yang pergi ke Mcdonald’s untuk makan kailan ikan masin.

Akhirnya, McDonald’s pernah hadapi dengan boikot kerana mereka enggan membuka cawangan di Tebing Barat dan Bukit Golan.

Oleh itu, McDonald’s tidak akan membuka restoran di tanah yang dirampas.

Bertambah menyirap Israel apabila McDonald’s buat sebegitu.

Sehingga Israel larang Mcdonald’s buka cawangan dekat Lapangan Terbang Ben Gurion.

Tapi Mcdonald’s kekal santai sebab mereka sudah banyak cawangan di sana.

Tak apa lah kalau satu je tak boleh buka.

Walau bagaimanapun, McDonald’s berjaya kerana tidak mengalami masalah seperti KFC dan Starbucks di sana.

Baca:

Ramai kagum ketabahan wanita yang dizalimi penjajah ini, kain tenunan Israa Jaabis raih perhatian

Banyak sangat belacan dan serai, banyak sebablah sambal nasi lemak Andy Cook teruk dikritik

“Nama Alif ni suka buat masalah” – Hikmah Alif Teega ‘buat hal’, populariti Alif Satar pula mencanak naik