Realtime website trackingweb stats

Baru tahu kenapa orang ramai disarankan panaskan enjin diwaktu pagi, ada kaitan dengan gearbox rupanya!

Oleh ABDULLAH HAMID

Kebanyakan pemilik kenderaan biasanya akan memanaskan enjin pada waktu pagi sebelum memulakan perjalanan.

Walau bagaimanapun, ada yang mengabaikan amalan ini kerana beranggapan ia tidak memberi kesan kepada enjin.

Jadi, adakah sebenarnya perlu untuk kita memanaskan enjin kenderaan pada waktu pagi?

Menurut penjelasan seorang pemuda melalui akaun TikTok Altimat Auto Garage, perkara ini sebenarnya berkait rapat dengan ketahanan gearbox kenderaan.

“Ramai yang beranggapan bahawa jika tidak memanaskan enjin, tiada masalah pada enjin.

Baru tahu kenapa orang ramai disarankan panaskan enjin diwaktu pagi, ada kaitan dengan gearbox rupanya!

Sebenarnya, tiada masalah besar pada enjin jika anda tidak panaskan. Namun, memanaskan enjin sebenarnya lebih berkait dengan gearbox,” katanya.

Dia menerangkan bahawa memanaskan enjin membantu menjaga ketahanan gearbox. “Memanaskan enjin bukan hanya untuk enjin tetapi juga untuk gearbox. Dengan memanaskan enjin, anda membantu menjaga gearbox supaya ia tahan lebih lama.”

Menurutnya lagi, apabila enjin dimatikan, minyak gearbox akan turun ke bawah. Apabila anda menghidupkan kereta pada waktu pagi, tekanan tinggi berlaku kerana enjin sejuk dan minyak gearbox belum naik.

“Apabila minyak gearbox masih sejuk dan berada di bawah, dan anda terus masuk gear untuk bergerak, pam minyak akan berfungsi untuk menyalurkan minyak gearbox. Pada masa ini, tekanan dalam gearbox adalah tinggi. Ini boleh menyebabkan sentakan dalam gearbox,” jelasnya.

Dia menyarankan agar kita memanaskan enjin terlebih dahulu untuk mengelakkan gangguan pada gearbox dan memastikan kenderaan berfungsi dengan lebih baik.

BACA: Kecoh kabinet kerajaan bakal di rombak, ini respon Perdana Menteri