Sebut sahaja kaviar pasti terbayang harganya yang malah malah satu sudu sahaja boleh cecah ribuan ringgit.
Kaviar adalah telur-telur daripada ikan sturgeon, ikan ini dianggap sebagai ikan purba yang masih bertahan hingga ke hari ini namun dengan jumlah yang lebih kecil.
Ikan sturgeon merupakan ikan yang mendiami perairan air tawar dan juga air payau (brackish water).Manakala sesetengah spesis adalah spesis air tawar sepenuhnya.
Terdapat 27 spesis kesemuanya yang terbahagi kepada empat genus (genera) iaitu; Acipenser, Huso, Scaphirhynchus dan Pseudoscaphirhynchus.
Ikan ini dikesan telah wujud semenjak zaman Triassic lagi iaitu 245 ke 208 juta tahun dahulu.
Ia adalah antara spesis yang tidak mengalami banyak perubahan semenjak penemuan rekod fosil yang dilakukan.
Menurut artikel MyRokan, ikan ini kurang dikenali di bahagian tropika kerana mendiami perairan sub-tropika dan juga sub-artik di Amerika Utara dan Eurasia.
Di bahagian Amerika Utara ia terdapat di sepanjang perairan Atlantik daripada Teluk Mexico sehinggalah ke Newfoundland, termasuk di Great Lakes dan di St. Lawrence, Missouri dan Mississippi.
Di bahagian Barat pula ia boleh didapati di sungai-sungai utama di California, Idaho sehinggalah ke British Columbia.
Begitu juga sebahagiannya lagi terdapat di bahagian Laut Atlatik di Eropah termasuk lembangan Mediterranean, terutamanya di Laut Adriatic dan sungai-sungai di Utara Itali.
Sungai-sungai yang mengalir ke Caspian, sungai sungai di Asia tengah (Amu Darya dan Syr Darya) dan Tasik Baikal.
Bagi Lautan Pasifik pula, ia boleh didapati di Sungai Amur sepanjang persepadanan Russia-China, Pulai Sakhalin dan Yangtze dan sungai-sungai lain di Timur Laut China.
Sturgeon merupakan ikan yang hidup untuk jangka masa yang panjang selain memakan masa yang lama untuk mencapai kematangan.
Ia mempunyai ciri-ciri yang mudah dikenali dengan sirip atas menyerupai ikan jerung dan permukaan kulit yang licin namun keras dan membentuk seperi perisai.
Ia juga boleh mencapai saiz yang besar iaitu sehingga 7 ke 12 kaki (2 – 3 ½ m) panjang. Rekod ikan sturgeon terbesar adalah dari jenis Beluga yang ditangkap di Volga estuary pada tahun 1827, iaitu mencapai berat 1,571 kg (3,463 lb) dan 7.2 m (24 ft) panjang.
Ikan-ikan sturgeon merupakan ikan dasar yang akan mudik ke hulu sungai untuk bertelur dan dimasa-masa yang lain akan menghabiskan masanya di lembangan dan kuala sungai.
Secara tradisinya kaviar (caviar) merujuk kepada telur-telur ikan yang dihasilkan daripada sturgeon liar dari Caspian dan Black Sea (Beluga, Ossetra dan Sevruga caviars).
Namun ada juga yang menggunakan istilah caviar yang merujuk kepada telur-telur ikan yang lain termasuk salmon, steelheat, trout, lumpfish, whitefish, carp dan ikan-ikan sturgeon yang lain.
Proses pemprosesan kaviar tidak banyak berubah dan mengekalkan kaedah pemprosesan yang klasik sejak seabad yang lalu.
Telur-telur ikan akan diasingkan daripada ikan sturgeon yang telahpun diberikan pelali (sedated) dan ditapis untuk mengasingkan telur-telur tersebut.
Pada zaman dulu, ikan terpaksa dibunuh untuk mendapatkan telur-telurnya.
Telur-telur kemudiannya diasingkan sebelum garam ditambahkan untuk menambahkan rasa dan bertindak sebagai pengawet.
Telur-telur ini kemudiannya akan ditinkan atau sedia untuk dipasarkan. Kaviar mudah rosak dan perlu disimpan sejuk sehingga dihidangkan.
Bagaimanapun bagi kaviar yang di pasteurized adalah lebih tahan dan tidak rosak dengan mudah seperti kaviar biasa; namun ia dianggap sebagai kaviar yang kurang berkualiti.
Malah sudu khas digunakan untuk menghidangan kaviar diperbuat daripada “mother of pearl” atau juga dikenali sebagai nacre, iaitu bahan seperti mutiara yang terdapat pada hidupan bercengkerang seperti siput dan tiram.
Antara bahan lain yang digunakan untuk sudu kaviar adalah emas, tanduk haiwan dan kayu.
Baca juga: Rupanya haram jual air zamzam di Malaysia, Mufti dedah sebabnya