Realtime website trackingweb stats

Baru tahu ada 3 resepi agar-agar yang mudah tapi sedap, gerenti dipuji Hari Raya ni nanti

Oleh NURAIMAN

Gerenti anda dipuji Hari Raya ni nanti kerana dapat menyediakan agar-agar yag sedap sebagai pencuci mulut.

3 koleksi resepi agar-agar ini mudah disediakan. Tak perlu dah anda pening kepala selepas ini fikirkan nak buat agar-agar apa.

1. AGAR-AGAR NANAS

Baru tahu ada 3 resepi agar agar yang mudah tapi sedap gerenti dipuji Hari Raya ni nanti

Bahan-bahannya:

* 7 biji agar-agar (bergantung pada size acuan)
● 4gm agar-agar strip @ tali – basuh, rendam seketika dalam air, basuh, toskan, ketepikan
● 600ml air
● 150gm isi nenas segar jenis manis – potong cube kecil
● 70gm gula – ikut manis
● secubit garam

Cara-caranya:

1. Tuang 600ml air ke dalam agar-agar yang telah direndam tadi masak hingga aga-agar itu larut,

2. Masukkan isi nanas, gula dan garam.

3. Didihkan lagi hingga naik bau harum dan nenas secukup masak, basuh bekas acuan yang disukai terlebih dahulu kemudian tuang ke dalam acuan,

3. Bekukan dan sejukkan, hidangkan.

2. AGAR-AGAR BANDUNG CINCAU

– Sebungkus agar-agar sukatan airnya guna plastik pembungkus agar-agar tu, sebungkus penuh airnya.

– Didihkan sampai agar-agar hancur. Masukkan pekatan sirap tawar. Didihkan.

– Kecilkan api, masukkan susu pekat SAJI satu tin secukup rasa manis.

– Tutup api.

– Biarkan suam masukkan cincau yang telah dipotong-dipotong halus ke dalam agar-agar.

– Tuang ke dalam bekas acuan atau masukkan cincau ke dalam bekas acuan.

– Tuang agar-agar ke dalam acuan. Kalau cincau tiada di rumah boleh saja gantikan dengan biskut oreo atau apa-apa makanan yang warna hitam macam cincau.

– Jik nak rasa lebib sedap, boleh masukkan satu tin aiskrim soda semasa agar-agar masih cair dengan syarat kurangkan sukatan air mengikut sukatan aiscream soda.

3. AGAR-AGAR AISKRIM SODA

Baru tahu ada 3 resepi agar agar yang mudah tapi sedap gerenti dipuji Hari Raya ni nanti

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar serbuk warna biru
2 cawan air
2 cawan susu cair
2 cawan aiskrim soda
1 1/2 cawan gula

Cara-cara:

1.Didihkan air. Masukkan agar-agar serbuk dan gula serta pewarna biru. Kacau sehingga gula dan serbuk agar-agar hancur. Didihkan dengan api yang perlahan. Sentiasa dikacau. Apabila dah ada tanda nak mendidih, tutupkan api. Agar-agar dibahagi 2,

2.Satu bahagian di tambah aiskrim soda dan satu bahagian ditambah susu cair. Kacau kedua-dua bahagian dengan sebati. Boleh di tuang ke dalam acuan selapis susu dan selapis lagi warna biru soda ke dalam loyang.

3.Sejukkan. Bila mengeras bolehlah dikeluarkan dari acuan atau dipotong-potong.

Baca:

Berang genosid terus berlaku, perusuh di Pakistan bakar KFC

‘Jawablah di akhirat esok’ – Peniaga menangis selepas YB Kedah tergamak arah pesta jualan Raya ditutup

Senarai pilih langsir yang wajib anda tahu & elak rugi!