Perkahwinan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini yang berlangsung pada 10 Mei lalu telah menarik perhatian ramai.
‘After party’
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang majlis ‘after party’ pasangan pengantin itu yang dipercayai diadakan selepas majlis perkahwinan mereka.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Mahalini memakai dress labuh manakala Rizky pula memakai kemeja putih.
Pasangan tersebut dilihat sedang berseronok sambil menari dan bernyanyi bersama tetamu mereka.
‘Gelas teh?’
Melihat ke ruangan komen, ramai netizen bertanya tentang gelas berisi air yang disajikan pada majlis tersebut.
Untuk pengetahuan, Rizky dan Mahalini telah bertunang pada 7 Mei tahun lepas.
Hubungan mereka menjadi perhatian kerana perbezaan agama, di mana Rizky beragama Islam manakala Mahalini penganut agama Hindu.
Namun, bapa Rizky iaitu Sule, 48 tahun mengesahkan bahawa Mahalini telah pun memeluk agama Islam.
Sule juga meminta orang ramai agar tidak salah faham dan berfikir bahawa Rizy dan Mahalini sudah berkahwin walaupun mereka berlainan agama.
Baca:
”Siapa kita untuk..” Scha Alyahya beri pesanan ‘padu’ kepada mak cik bawang
Dah besar baru tahu trick sebenar lari dalam guni, lajunya dah macam lari biasa
Tak perlu berkejar ke mamak lagi jika mengidam ayam tandoori, buat sendiri di rumah lagi puas hati