Realtime website trackingweb stats

Banyak sangat belacan dan serai, banyak sebablah sambal nasi lemak Andy Cook teruk dikritik

Oleh AHMAD ISMAIL

Terlalu banyak guna belacan dan serai sehingga ada yang menganggap Andy Cook nak buat pes tomyam bukannya sambal nasi lemak.

Itu kritikan orang ramai selepas seorang tukang masak luar negara menunjukkan cara menyediakan sambal nasi lemak yang mengandungi banyak belacan.

Rakyat Malaysia menyifatkan cara pembuatan sambal nasi lemak di laman TikTok itu adalah gagal 100 peratus.

Selain banyak guna belacan, Andy juga ditegur lantaran sambal tidak pecah minyak dan kurang bawang merah.

“Dia guna belacan macam nak buat air asam makan sekampung,” komen netizen.

Menurut warga maya, penyediaan sambal nasi lemak yang betul dan lazat adalah dengan memasak lama sambal sehingga pecah minyak serta meletakkan sedikit gula perang.

“Kena letak banyak minyak baru pecah minyak tu sedap, sambal kena masak lama atas dapur bagi pecah minyak dan letak gula perang,” jelas seorang lagi netizen.

Sebelum ini, Andy Cook menerusi klip video yang dikongsi di laman TikTok, dilihat menggunakan banyak hirisan belacan dan serai ketika memasak sambal nasi lemak.

Selain itu, dia turut menggunakan bahan lain seperti bawang merah dan putih dan lada kering.

@andy_cooks Nasi lemak Ingredients – 450g (1 lb) jasmine rice – 200ml (6.8 fl oz) coconut milk – 2 pandan leaves (available frozen at local Asian supermarkets) – bottom half of a lemongrass stalk – salt to taste – peanut oil for frying – 200g (7 oz) raw peanuts – 150g (5.3 oz) dried anchovies – 4 eggs, soft-boiled – 1/2 a cucumber, sliced – banana leaves for serving – your favourite sambal Method 1. To make the coconut rice, rinse the rice three times and then drain the water. Open the coconut milk and reserve the cream from the top for later. Add the 200ml (6.8 fl oz) of coconut milk to the rice cooker bowl with the rinsed rice, then top it off with water until it reaches the first knuckle of your finger. Add the pandan and crushed lemongrass to the pot along with a pinch of salt, and cook in the rice cooker. 2. Once the rice is cooked, add the reserved coconut cream to the top of the cooked rice and let it sit for 10 minutes. 3. Then, fry the peanuts and anchovies, boil your eggs to your liking (I recommend 7 minutes), slice the cucumber, and toast the banana leaves over an open flame. 4. To assemble, add the rice onto the toasted banana leaves, then arrange the eggs, peanuts, cucumber, sambal, and fried anchovies around the outside. #cooking #recipe #food #viral #rice #fish #cooking #spice #fyp ♬ PUT YOU ON GAME – Russ

Baca:

Gelang bercahaya konsert Coldplay rupanya kena dipulangkan, terbukti satu negara ini memang jujur

“Ia benar, saya kahwin satu lagi” – Alif Teega

Tak semestinya telur itik, telur ayam pun boleh guna untuk masak lemak, terbukti tak pecah guna kaedah ini