Realtime website trackingweb stats

Banyak cerita pasal R&R Perasing, pemandu ini dakwa lorinya dicakar, identiti penunggang EX5 masih misteri

Oleh SHAZLIN AZIZ

Ramai pengguna Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mendakwa laluan itu berhantu dengan menganggap hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing sebagai lokasi gangguan makhluk halus.

Tidak terkecuali seorang pemandu lori, Mohd Afiq Adnan sehinggakan video perkongsiannya mengenai gangguan di R&R itu menuai 1.7 juta tontonan di TikTok setakat ini.

Lelaki berusia 32 tahun itu mengakui meremang bulu romanya kerana masih teringat kisah itu semasa memandu sendirian pada 9 Oktober lalu.

Ceritanya, ketika itu dia dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke Temerloh, Pahang dengan keadaan lori yang dipandunya sudah meragam sejak di Kuala Terengganu lagi selepas diisi muatan.

Dia tetap meneruskan perjalanan ke Temerloh selepas majikannya mengarahkan sedemikian meskipun sudah dimaklumkan keadaan lori itu.

“Saya pun pandu dengan perlahan, sebelum sampai ke persimpangan Chukai, saya berhenti kerana kebetulan ada ruang parkir tetapi tak matikan enjin,” katanya, lapor Harian Metro.

Tidak lama selepas itu, Afiq didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 secara tiba-tiba dari arah belakang.

Tubuhnya kurus dan berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an yang mulanya agak ramah dan tanya macam-macam soalan seperti sudah berapa lama jadi pemandu lori.

“Gayanya macam tahu mengenai saya. Tapi saya layankan saja pak cik itu borak sampai dia beritahu di kawasan berkenaan pernah ada kes orang meninggal dunia dan tanya saya tak takut ke?

“Saya pun jawab, saya tak takut kerana pandai juga berubat orang dan ketika itu, wajahnya berubah jadi macam nak marah.

“Pak cik itu kemudian terus hidupkan enjin motosikal dan berlalu pergi tanpa cakap apa-apa,” katanya.

Sejurus melihat lelaki itu pergi, Mohd Afiq terus naik ke atas lori yang belum dimatikan enjin dan mengekori dari belakang.

Dia yang sudah bergelar pemandu lori sejak enam bulan lalu meneruskan pemanduan tetapi perlahan sahaja.

Namun, dalam satu minit kemudian, lampu motosikal lelaki itu tadi tiba-tiba lenyap.

“Memang pelik kerana laluan itu adalah jalan lurus, tak masuk akal juga macam mana dia boleh hilang dan ketika sampai di (laluan) R&R Perasing, datang bau hanyir pula.

“Mulut saya pula laju saja ‘menegur’ kerana tak senang dengan bau itu. Tak sampai berapa saat, ada bunyi ‘benda’ mencakar dari atas bumbung lori.

@mohdafiq973♬ suara asli – afiq@panjang bunga api

“Lama juga saya dengar bunyi cakaran itu dan sampai di hentian Kuantan, saya berasa ada ‘benda’ pegang serta tarik kerusi yang saya duduk tapi saya teruskan perjalanan sampai ke destinasi dituju,” katanya.

Baca:

Terpaksa mohon cop halal Indonesia, Malaysia rupanya belum ada lagi logo halal untuk makanan haiwan

Dituduh nikah tak sah dan berzina, ini komen Sabri Yunus

‘Melancong’ di airport saja hangus RM7,000, pengalaman wanita ini tidaklah seindah drama Korea