Dalam artikel ini, anda boleh membantu merawat mata anda daripada khasiat daun kari yang dikongsikan oleh Hajar Jaafar.
Sebelum ni kita guna daun kari untuk masak kuah kari, inti karipap, atau kuih india yang ada kacang dhal tu (eh, apa nama dia terlupa pukak).
Tapi harini saya kongsikan fakta menarik serta ilham terpilih untuk HIJJARA lovers.
1. Kajian barat menunjukkan bahawa daun kari mengandungi 6-7kali ganda kalsium daripada susu.
Hanya dua tangkai daun kari sehari di perlukan untuk sumber kalsium yang lengkap bagi seorang dewasa.
2. Daun kari yang di masak hendak lah di masukkan setelah tutup api.
Bukan ketika menumis sebab daun kari akan jadi payau jika di tumis awal.
Daun yang di masukkan selepas masak lebih wangi, beraroma, segar dan berkhasiat
3. Pernah dengar petua nenek daun kari dapat menyihatkan dan merawat mata?
Yer, kajian sains turut mengakui bahawa daun kari bermanfaat untuk mata.
Hanya rendam 2 tangkai daun kari dalam air panas dan minum ketika suam.
Rasanya seperti air teh hijau, tapi lebih kick sebab ada bau kari.
Namun saya ada juga campurkan dalam air teh o panas.
Nak tambah madu pun tiada masalah. Jadi masalah bila di minta madu (minta selisih malaikat 44)
Tengok lah badan kaum india, ‘katang’ dan sado macam shah rukh khan dan salman khan.
Heh! Hindustan dengan india tu kan satu geng.
Kalau tuan puan nak makan daunnya untuk ulam pon boleh, ambil yang hijau muda remaja sahaja.
Baca:
Petua makan bawang putih untuk hilangkan sakit kaki, tumit & angin dalam badan