Realtime website trackingweb stats

Bakal beraya di Tanah suci, memang rezeki 3 mualaf ini ditaja tunai umrah, berada 20 hari di Mekah

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Memang rezeki 3 individu mualaf dalam kategori asnaf apabila bakal beraya di Tanah Suci dan berada di sana selama 20 hari!

Mereka ditaja menunaikan ibadah umrah daripada Pertubuhan Akademi Al Bayan.

Ketiga-tiga mualaf itu iaitu Nur Ain Sumaiyah, Nur Wafa Abdullah dan Muhammad Hafiz Abdullah.

Bakal beraya di Tanah suci memang rezeki 3 mualaf ini ditaja tunai umrah berada 20 hari di Mekah

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Akademi Al Bayan, Dr. Nur Mohammad Hadi berkata, mualaf terbabit yang bertuah itu dipilih secara profesional daripada lebih 100 permohonan yang diterima.

“Sebenarnya, ramai yang hantar permohonan untuk mendapat tajaan tunai umrah, tetapi panel hanya memilih tiga yang layak sahaja.

“Antara kriteria yang kita mahu daripada mualaf terlibat ialah boleh membaca al-Quran kerana mengutamakan ibadah selain dalam kalangan B40 atau asnaf serta mempunyai pekerjaan dalam bidang dakwah,” dipetik Kosmo.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya juga mendapat tawaran diskaun daripada pengelola umrah dimana pakej ditawarkan kepada setiap mualaf untuk berada selama 20 hari ialah sebanyak RM6,990.

Katanya, bagi memastikan mualaf terbabit tidak terbeban daripada segi kewangan, pihaknya juga menyumbangkan sebanyak RM1,000 sebagai duit belanja ketika berada di Tanah Suci.

“Kita sentiasa berusaha untuk memastikan golongan itu tidak dipinggirkan kerana mahu mereka mendalami Islam secara lebih mendalam.

“Ini adalah penanda aras kami kerana baru pertama kali menaja mualaf ke Tanah Suci serta berharap mereka memahami perjuangan nabi supaya dapat berdakwah kembali apabila pulang ke tanah air,” jelasnya.

Sementara itu, mualaf terpilih iaitu Nur Wafa, 34, melahirkan perasaan gembira apabila terpilih menjadi tetamu Allah pada bulan Ramadan untuk ke Tanah Suci.

“Jika diimbas, saya memang mempunyai hasrat untuk ke sana selepas memeluk Islam pada 2012, tetapi belum berkemampuan daripada sudut kewangan.

“Alhamdulillah, ini rezeki saya selepas melalui beberapa tapisan termasuk perlu menghantar video membaca al-Quran kepada Pertubuhan Akademi Al Bayan,” kata Nur Wafa.

Baca:

Untungla penjawat awam, baru dapat RM2,000 dapat lagi duit raya RM500

Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu

Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta