Realtime website trackingweb stats

‘Bahaya’ rupanya rekod diri sendiri semasa dalam kelas, pensyarah ini kongsi apa hasil diperoleh pelajarnya

Oleh HADI KAMARUDIN

Satu rakaman video tular memaparkan seorang pelajar perempuan sedang merekod diri sendiri semasa sesi pengajaran sedang berlangsung.

Perkongsian video itu di media sosial kemudian mengundang respon seorang pensyarah yang patut pelajar ambil iktibar.

Menerusi klip video dikongsi oleh arranna_, terdapat sama dua pelajar lelaki dalam rakaman itu di satu sudut kelas tersebut.

'Bahaya' rupanya rekod diri sendiri semasa dalam kelas, pensyarah ini kongsi apa hasil diperoleh pelajarnya

Kedua-dua pelajar lelaki itu pula dilihat tidak dapat memberi perhatian semasa kelas sedang berlangsung kerana sibuk ‘posing’ menyedari diri mereka turut dirakam.

Mereka antaranya terpaksa berlakon mendengar kuliah, berdiri tegak selain mata masing-masing kerap memandang ke arah perempuan yang sedang membuat rakaman video itu.

Dalam masa sama, pelajar perempuan itu pula mengaku tidak menyedari pun aksi kedua-dua pelajar lelaki berkenaan.

“Sejenis yang suka record diri sendiri masa mengantuk, tapi baru perasan mengganggu orang lain jugak,” tertera pada kapsyen.

Susulan rakaman video yang telah meraih lebih 1.2 juta tontonan itu, seorang pensyarah di sebuah kolej komuniti antara yang memberi komentar dengan menarik perhatian ramai warganet.

Syed Muhamad Zakry berkata, memang pelajar-pelajar sekarang ramai membuat rakaman video diri sendiri semasa kelas sedang berlangsung.

Namun, ‘hobi’ merakam video yang mengganggu fokus dalam kelas itu sebenarnya terbukti menjejaskan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).

“Kelas saya yang kaki record diri sendiri masa belajar semua pointer bawah 2.6.

“Yang fokus dan handphone simpan dalam poket semua atas 3.0.

“Dah masuk semester 3 saya dah tak tegur. Nanti mereka hadap sendiri masa depan yang mereka pilih jalan tu.

“Focus” tu ke arah lain,” kata Syed Muhamad Zakry lagi.

Pengguna Facebook lain turut bertanyakan apa keperluan ‘record’ diri sendiri semasa dalam kelas.

Bagi pihak yang bersetuju dengan perangai itu berpendapat rakaman tersebut hanya dilakukan apabila mengantuk selain sebagai kenangan.

Manakala yang lain pula berpandangan lebih elok rakam pengajaran pensyarah di hadapan kelas.

“Kalau tak faham boleh replay balik,” kata Haffiz Jamaluddin.

Baca:

Dah dekat raya, ke mana tuan punya beg berisi duit RM500,000 ini pergi?

Tol ‘free’ 8 & 9 April sempena Aidilfitri

Ingat drama Cili Padi? Ini keadaan terkini Jaafar Onn, sama-sama kita doakan