Seorang anggota bomba menjelaskan bahaya yang bakal dihadapi pemandu apabila pusing stereng macam roti canai.
Beliau menasihatkan pentingnya memegang stereng seperti diajar semasa di sekolah memandu iaitu pada kedudukan pukul 9-3 atau 10-2.
Jelasnya, cara pegang stereng seperti buat roti canai mengundang risiko kecederaan jika beg udara secara automatik keluar sejurus kereta terlanggar pembahagi jalan.
“Bila dah kecemasan seperti tertidur… sudah jadi tabiat memandu macam ni (tangan di stereng tidak ikut kedudukan 9-3 atau 10-2), terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan, menyebabkan beg udara keluar, habislah jari patah.
“Elok-elok tak ada sakit, patah jari, sebab tu orang tak bagi ‘roti canai’,” nasihat anggota bomba itu lagi.
Tabiat memegang stereng yang salah memang boleh mengakibatkan kecederaan di kepala akibat terkena tangan sendiri sekiranya beg udara dilepaskan.
Sejak di sekolah memandu, memang sudah awal-awal lagi dinasihatkan supaya pegang stereng dengan kemas tetapi tidak menggenggam terlalu kuat.
Jangan silang tangan ketika membelok, sebaliknya tolak stereng ke atas dan tarik ke bawah dengan menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membelok.
Menurut portal PDRM, kedudukan tangan pada stereng pukul 10-2 begitu penting kerana dalam keadaan kecemasan, pemandu hanya mempunyai kurang dari ½ saat untuk bertindak secara berkesan.
Oleh sebab itu, kawalan sepenuhnya akan menentukan kestabilan kenderaan agar tidak mudah terbabas.
Kedudukan tangan yang betul pada stereng kereta akan menyelamatkan nyawa ketika kecemasan serta mengawal kereta secara stabil apabila berlaku kemalangan atau terbabas.
@utusantvofficial 28 FEB 24: Geng² ROTI CANAI pusing stereng sila ambil tahu 😁. Terima kasih di atas perkongsian abang bomba kita taufiq_sparkz. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #airbags #srs ♬ original sound – UtusanTV
Baca:
Litar Horizon Beranang dah nak siap, buat kerja tak banyak sembang tak macam MB Kedah
Tips beli baju raya bayi agar anak kelihatan selesa & bergaya
Jadual makan ubat secara teratur sepanjang Ramadan, barulah tak tercicir