Realtime website trackingweb stats

Badan ada jin menempel rupanya beri banyak petanda, perawat ini ingatkan cepatlah diruqyah

Oleh FATIN AQILAH

Mungkin ada tidak sedar badan mereka jadi tempat jin menempel walaupun sudah macam-macam petanda sudah ‘diberitahu’.

Seorang perawat perubatan Islam ini menerusi TikTok berkongsikan petanda tubuh seseorang
‘dihuni’ jin sehingga mengundang reaksi warganet.

Salah satunya, kerap bermimpi rumah lama tinggalan arwah nenek. Ma, cepat-cepatlah dapatkan rawatan dengan ustaz yang berpengalaman.

Perawat menerusi Al-Taqwa Live itu memberitahu tanda lain badan dihuni jin termasuklah sering ‘ditindih’ makhluk halus semasa tidur.

Menurutnya, kerap bermimpi tandas kotor juga adalah petanda selain sering bermimpi menyusukan bayi.

“Salah satu perkara yang kerap dialami pesakit. Rupanya ada jin yang menempel di dalam tubuh badannya selepas diruqyah,” kata perawat berkenaan.

Rata-rata warganet meninggalkan pelbagai komen termasuklah mereka yang mengalami perkara sama.

“Alamak mimpi menyusukan baby dengan mimpi rumah arwah nenek tu selalu sangat,” kongsi @afrina ramsey.

“Selalu mimpi kena ganggu dengan ular besar hitam , jatuh bangunan, mimpi nampak api, pergi berubat, ustaz kata saka,” kata “@A|M pula.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @eshal mikayla.

“Masa sekolah rendah hingga menengah kerap mmpi ular, masa tu tak tau lagi bab sihir ke saka macam tu.

“Bila dewasa baru tau hal-hal begini rupanya berkaitan saka dan jin,” ujarnya.

Baca:

“Ini satu penghinaan terbuka, tunggu saman saya”- Aishah

Marah harga gula mahal tapi rupanya lelaki ini beli gula premium, memang padan kena kecam netizen

Banyak cerita pasal R&R Perasing, pemandu ini dakwa lorinya dicakar, identiti penunggang EX5 masih misteri