Realtime website trackingweb stats

Aznil dulu rajin belajar sampai masuk UM sebab Sudirman – Geng Asad Motwah boleh betulkan niat

Oleh NUR KASIH

Personaliti terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil rupanya mendapat motivasi untuk rajin belajar kerana pengaruh penyanyi hebat, Allahyarham Sudirman.

Berbeza pula dengan penyanyi generasi gajet, Asád Motawh yang pernah menganggap pergi sekolah membuang masa sehingga mengundang kemarahan warganet.

Ikuti perkongsian Norizwan Azlan mengenai peranan artis untuk memberi inspirasi yang baik terutama kepada golongan remaja.

Aznil dulu rajin belajar sampai masuk UM sebab Sudirman - Geng Asad Motwah boleh betulkan niat

Pendapat Norizwan ini menarik perhatian warganet sehingga mendapat lebih 7,000 tanda ‘like’:

Pak Nil belajar sungguh-sungguh sebab Sudirman weh.

Aku baru lepas tengok video temuramah di antara Amelia Henderson dengan Pak Nil kat Youtube. Tak tengok sampai habis pun lagi, baru tengok setengah jam yang pertama je.

Tapi setengah jam yang pertama tu pun dah ada benda yang menarik minat aku nak kongsikan dengan korang semua.

Pak Nil bagitau, orang yang telah menginspirasikan dia untuk belajar bersungguh-sungguh ialah artis negara kita bernama Sudirman Haji Arshad.

Masa tu Pak Nil tengah tengok Bintang RTM dengan bapak dia dan dalam tu Sudirman tengah buat persembahan.

Lepas tu bapak dia tanya Pak Nil, “Kau nak jadi macam dia?”

“Ye pak. Nak jadi macam dia. Nak menyanyi. Dah tak nak belajar dah,” jawab Pak Nil.

Kemudian bapak dia jawab, “Tak boleh. Kau tetap kena belajar. Sebab Sudirman ni pun ada ijazah jurusan undang undang dari Universiti Malaya.”

Bila Pak Nil tahu pasal latar belakang akademik Sudirman, sejak dari itu, Pak Nil jadi terinspirasi dan nak belajar bersungguh-sungguh.

Untuk makluman korang, Pak Nil ni masa SPM, dia dah memang sasarkan untuk gagal dan bekerja sebagai budak pejabat sahaja. Tapi tanpa disangka sangka, dia lulus.

Bila dia masuk tingkatan 6 lah, dia kembali tanam niat untuk belajar bersungguh-sungguh semula selepas mengetahui latar belakang akademik Sudirman.

Kesannya, dia menjadi pelajar terbaik di sekolahnya dan sambung pengajian ijazah dalam jurusan ekonomi dia Universiti Malaya dengan mendapat biasiswa penuh.

Ini cerita yang sangat bagus dan kisah ini membuktikan bahawa pengaruh artis boleh membawa impak besar kepada orang biasa terutama sekali untuk menggalakkan orang ramai mementingkan pendidikan.

Seperti Pak Nil, Sudirman membawa perubahan besar dalam hidupnya dalam bidang akademik.

Macam anda semua sedia maklum, sebelum ini ada tular kisah sorang artis mengatakan belajar di sekolah itu membuang masa.

Mungkin dari segi sudut pandang dia betul, tapi apa yang dikatakannya boleh beri impak tidak baik akibat berlakunya ketidakfahaman tentang kenyataannya.

Tapi mujurlah kita ada kisah seperti Pak Nil yang terinspirasi dengan kejayaan Sudirman menjadi artis tapi mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang.

Artis, mereka tetap boleh memberi inspirasi yang baik baik untuk kita semua.

Baca:

Miliki kenderaan bernilai RM23.2 bilion, ini antara 3 koleksi kereta super mewah Sultan Brunei dengan harga cecah ratusan juta

Bukan Chef Wan yang bayar gaji, rupanya hanya terlibat dalam kualiti makanan saja

Selepas lebih 3 tahun orang sibuk bertanya, ini sebabnya Uqasha Senrose sekarang gembira