Realtime website trackingweb stats

‘Ayam seketul besar resit bank’ – Ini reaksi netizen selepas ada persoal kempen boikot ‘kepci’

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ramai warganet membangkitkan ketulan ayam goreng sebuah restoran segera yang kecil saiznya malah sebesar resit bank.

Itu masalah sebenar dihadapi jenama itu sehingga dikatakan kurang dikunjungi pelanggan awal lagi sebelum kempen boikot dilancarkan susulan kekejaman Zionis Israel di Palestin.

“Ayam kepci besar resit maybank. Boleh bayangkanlah.

'Ayam seketul besar resit bank' - Ini reaksi netizen selepas ada persoal kempen boikot 'kepci'

“Kami sendiri dah berhenti beli kepci sebab rasa mahal dan tak berbaloi beli sejak awal tahun lepas. Lagipun, dapat ayam tak masak lagi.

“Kualiti tak jaga. Bukanlah sebab isu boikot semata-mata. Dah memang ramai orang beralih arah kepada ayam goreng kedai lain.

“Tapi kepci ni lama dah orang tak beli sebab ayam dia kecil. Sebelum isu Israel-Palestin lagi orang tak beli sangat,” demikian antara komentar warga maya.

Ikuti pendapat Izzuddin Yussof yang menarik perhatian netizen dengan lebih 2,200 tanda ‘like’ hanya selepas dua hari dimuat naik:

KFC mula menghentikan contract farming dengan sesetengah pengusaha ayam.

Yang mana antara kalangan pengusaha tersebut adalah orang Islam sendiri juga.

Begitulah keruntuhan rantaian ekonomi yang berlaku apabila boikot tanpa ilmu dan asbab yang kukuh.

Yang diulang-ulang kisah burung pipit ingin cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim.

Tapi ada ke burung pipit itu memberi mudarat kepada orang lain? Tidak.

Ibarat nak padamkan api dengan setitis air, tapi pada masa sama menjadikan ramai orang lain terus hilang sumber air.

Antara dua mafsadah.

Nak boikot tu pergilah boikot yang memang boleh bagi kesan.

Boikot Puma sampai mereka dah tarik diri daripada taja team bola Israel.

Boikot Family Mart sampai mereka tarik diri daripada terlibat dengan senjata Israel.

Ini boikot Mcd Malaysia, KFC Malaysia. Anda nak mereka buat apa?

Nak mereka keluar kenyataan kecaman?

Eh, syarikat mana je yang mengecam Israel? Malahan, bersepah lagi jenama lain yang menyokong Israel secara terus tidak pun semangat sangat nak boikot.

Dah tu kenapa KFC dengan McD juga yang diboikot begitu teruk?

Mudah. Belief perseverance.

Sejak daripada kecil kita diajar untuk boikot mereka ini.

Perkara yang sudah tertanam dalam otak sampai jadi pendirian hidup. Nak ubah tu dah susah.

Baca:

Isteri baru punya pasal, ketua kampung ini serah mas kahwin seluruh harta, tapi dua anaknya pun setuj

‘Dia ingat kita tak boleh balas’ – Reaksi spontan pramugari ini buat penumpang nakal terkesima

Majlis kahwin gempar gara-gara aksi terlampau tetamu ini, pengantin lelaki pula dah dipandang serong