Mana nak dapat ayam seekor RM10 saja? Hanya harga murah itu boleh diperoleh dalam program Jualan Agro Madani (JAM).
Dalam program JAM di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL), Jalan Waja Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor baru-baru ini, 700 ekor ayam bulat habis dijual dalam masa dua jam.
Menurut Pengerusi PPK Kuala Langat, Dr. Abdul Razak Khasbullah, pihaknya bekerjasama dengan ahli PPK Kuala Langat, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), peniaga makanan, pembekal input pertanian untuk menjayakan program tersebut.
“Program berkonsepkan jualan harga murah itu membabitkan penjualan
“Selain itu, jualan daging lembu dijalankan oleh Fama dengan harga RM28 sekilogram.
“Kerjasama antara agensi pertanian ini adalah untuk membantu rakyat mengurangkan kos hidup,” katanya.
Abdul Razak berkata demikian ketika ditemui pada program JAM yang dirasmikan oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Selangor, Hyder Jaleel Gafoor Abdul Rasheed.
Abdul Razak yang juga merupakan Ahli Lembaga Jemaah Pengarah (AJP) Lembaga Pertubuhan Peladang Kebangsaan berkata, program tersebut merupakan kali kedua dianjurkan selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sebelum ini.
Orang ramai berbaris panjang bagi mendapat barangan keperluan harian pada harga murah.
Jelasnya, jenama Madani itu sendiri begitu signifikan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah genap setahun menerajui negara.
“Hari ini kita boleh lihat masyarakat di sini beratur panjang untuk mendapatkan barangan yang dijual dengan harga murah.
“Walaupun perlu beratur seawal pukul 7.30 pagi sebelum program bermula pada pukul 8.30 pagi, namun penantian itu berbaloi dengan hasil yang dibawa pulang,” katanya.
Abdul Razak memberitahu, selain ayam bulat yang murah, program JAM turut menawarkan kombo sayur dengan harga RM5 berbanding harga biasa RM8.
Katanya lagi, antara sayur di dalam satu bekas plastik kombo tersebut adalah cili merah, kacang bendi dan tomato.
“Untuk telur pula, satu papan dijual RM10 untuk 30 biji. Ia merupakan antara produk yang paling cepat habis.
“Produk yang menjadi rebutan menunjukkan pengguna arif dengan harga semasa produk tersebut di pasar raya dan kedai runcit,” katanya.
Mengulas lanjut, dia berkata, program jualan harga patut telah diadakan di PPHL sejak lebih tiga tahun lalu.
Tambahnya, program yang berkonsep perkongsian rezeki itu dilaksanakan empat kali seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu.
“Hasil jualan sehari mampu mencecah antara RM3,500 hingga RM5,000.
“Sebab itu, kami kembangkan program itu dengan mengadakan JAM.
“Selain jualan sayur-sayuran, ayam, daging, beras dan buah-buahan, kami turut memasarkan produk industri kecil sederhana (IKS) seperti ikan pekasam serta kerepek pisang,” jelasnya.
Seorang suri rumah, Mashitah Ahmad, 50, dari Kampung Sijangkang berkata, dia biasa membeli sayur-sayuran dengan harga patut di PPHL.
Mashitah berkata, dia tidak melepaskan peluang untuk hadir ke JAM bagi mendapat ayam murah yang berkualiti.
“Terima kasih kepada pihak PPK Kuala Langat yang mengadakan program jualan harga Rahmah tersebut.
“Saya harap program ini diadakan selalu,” ujarnya.
Baca:
Polis Evo 3 kutip RM50 juta tapi 3 filem ini paling rugi, nombor 2 tu pun pasal polis
“Dengan kekerdilan diri, saya mohon maaf kepada Siti Nurhaliza” – Mufti
“Dengan kekerdilan diri, saya mohon maaf kepada Siti Nurhaliza” – Mufti