Seorang ayah secara berseloroh mengaku seram melihat beberapa gambar kucing yang dikirim oleh anaknya melalui WhatsApp.
Beliau bahkan menyebut kucing itu seperti hasil kacukan dengan kelawar apabila telinga pada haiwan peliharaan itu kelihatan besar pula saiznya.
Reaksi ayah itu terkandung dalam perbualan menerusi WhatsApp yang kemudian dimuat naik dan tersebar di Reels Facebook.
Mulanya, anak lelaki berkenaan memberitahu rakannya meminta bantuan untuk menjaga dua kucing peliharaan sementara dia pergi kerja di luar kawasan.
“Takutlah… kat rumah ni ada kucing, nanti bergaduh,” alasan ayahnya pada awal perbualan.
Selepas menerima gambar demi gambar kucing itu, nada ayah lelaki berkenaan berubah dengan beberapa kali menyebut wajah haiwan tersebut menyeramkan malah seperti syaitan.
Reaksi ayahnya bertambah lucu apabila mengaitkan rupa kucing itu seperti anaknya sendiri.
Malah, rata-rata netizen geli hati apabila dia menyebut hidung salah seekor kucing itu mirip pelawak, Zizan Razak.
“Aku seram, macam kelawar… macam muka kau pun ada.
“Kucing kacuk kelawar? Telinga macam Batman, muka macam dinasour.
“Seram aku tengok kucing dia. Hidung macam Zizan,” antara reaksi lucu ayah lelaki berkenaan sebagai alasan untuk tidak mahu membantu untuk menjaga sementara dua kucing itu.
@az1z.com Plsss not the kucing hidung macam zizan πππ#uglycatprank #dad #fyp β¬ original sound – Kari ayam II π
Baca:
Serba salah nak ketawa, gelagat kembar ini gelakkan βmemberβ nak menangis menghiburkan
Ni last ya bangβ β Individu luah kesal harga βkerasβ tapi kuantiti dapat tak berbaloi
DIY sendiri roti john inti selambak di rumah, baru lah puas hati makan!