Pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki yang disyaki memandu dalam keadaan mabuk lalu menyebabkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Elias, 22 tahun, mengalami kecederaan parah dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) pada hari Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, ujian pernafasan ke atas suspek berusia lingkungan 30 tahun itu menunjukkan positif alkohol, manakala ujian air kencing pula mendapati beliau bebas daripada pengaruh dadah.
“Siasatan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod saman trafik yang belum dijelaskan tetapi tidak mempunyai rekod jenayah.
“Kemalangan tersebut berlaku semasa mangsa menunggang motosikal di Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi dilanggar kereta Toyota Vios dipandu suspek dari arah belakang pada jam 4.30 petang Sabtu.
“Kereta suspek dari arah belakang itu mengubah haluan secara tiba-tiba dari lorong tengah ke lorong kiri dan melanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau menjelaskan bahawa akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan serius seperti retak pada bahu kanan, tulang pinggang, dan luka di bahagian kaki.
Manakala suspek pula tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.
Raub memaklumkan bahawa mangsa kini menerima rawatan di Hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri.
Suspek telah ditahan selama 24 jam bagi tujuan siasatan lanjut dan kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin, tambahnya.
Menurut Raub lagi, kes ini disiasat di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.
Jika didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara minimum tujuh tahun atau maksimum 10 tahun, serta denda maksimum RM30,000 atau RM50,000, jelasnya.
Pihak polis ingin meminta kepada sesiapa yang menyaksikan insiden tersebut untuk datang ke pejabat trafik utama Polis Daerah Johor Bahru Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014 6977122.
Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa Siti Nurul Masyitah mengalami kecederaan yang teruk selepas terlibat dalam kemalangan di mana motosikal yang ditunggangnya diseret sejauh 600 meter.
Persatuan tersebut turut mengatakan bahawa video kemalangan yang melibatkan Siti Nurul Masyitah, yang mengambil pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, telah dirakam oleh papan pemuka sebuah kereta. kereta.
“Menurut saksi berserta rakaman ‘dashcam’, kereta terbabit dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal dan kemudiannya menyeret mangsa sejauh 600 meter,” menurut kenyataan tersebut.
Siti Nurul Masyitah adalah Atlet Kayat Dragon Boat Malaysia Bronze Medal SEA Games 2023.
Mengikut perkongsian viral di media sosial, beberapa gambar yang berkaitan dengan kemalangan dapat dilihat, termasuk satu gambar lelaki yang didakwa sebagai suspek, sedang membuat isyarat ‘peace’.
Baca:
Tular Individu lepas ribuan anak ikan keli ke sungai cetus amarah warga maya
Hukum jangan buat main, ini komen mufti lepas Myra Natasya dedah dia anak luar nikah Halim Othman