Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bahawa hari Jumaat, 7 Jun, akan menjadi hari pertama Zulhijjah
selepas anak bulan terlihat di negara itu.
“Dengan itu, hari Wukuf di Arafah akan jatuh pada Sabtu, 15 Jun, dan Ahad, 16 Jun,
akan menjadi hari pertama Aidil Adha,” menurut kenyataan Mahkamah Agung Saudi.
Jumaat, 7 Jun, menandakan bermulanya Zulhijjah, musim haji 1445 hijrah.
Hari pertama Aidiladha akan jatuh pada hari ke-10 Zulhijjah, iaitu pada 16 Jun, sementara Hari Arafah akan jatuh pada hari ke-9 Zulhijjah, iaitu pada 15 Jun.
Manakala negara-negara di Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Brunei, dan Indonesia akan menyambut Aidiladha pada Isnin, 17 Jun.
BACA: Patutlah suara sedap, Zayn Malik guna ‘ubat batuk cap ibu dan anak’ untuk jaga suara