Satu video tular memaparkan sekumpulan murid sekolah rendah berada dalam kenderaan polis yang dipanggil ‘Black Maria’.
Bukannya sebab ada kes salah dibuat sebaliknya mereka adalah anak-anak anggota polis yang biasanya tinggal di kem Pasukan Gerakan Am (PGA).
“Ini bukan kes. Ini anak-anak polis atau askar yang tinggal di beret atau kuaters. Memang biasa lori polis atau tentera yang pergi dan ambil mereka sekolah,” tulis seorang individu.
Kenderaan yang diguna untuk mengangkut murid pergi balik sekolah itulah mereka panggil ‘feri sekolah’.
Lazimnya, bagi orang awam yang mereka faham sebut ‘feri’ saja ingatkan pengangkutan air itu.
Menurut seorang anak anggota polis, Lisa Leez, dia semasa bersekolah dahulu menaiki trak atau bas polis yang biasanya dipanggil ‘feri sekolah memandangkan keluarganya tinggal di kem.
Sementara itu, seorang individu dikenali sebagai Zam Nizam pula menjelaskan panggilan ‘feri’ itu merujuk pada kenderaan yang kena ulang alik.
“Kami pun kalau ada pergerakan dengan 3 tan, tapi tak muat nak gerak sekali jalan, mesti incas MT akan cakap kena ‘feri’ la ni, buat 2 trip,” katanya.
Rupanya, memang naik trak polis atau Black Maria ini perkara biasa untuk anak-anak polis.
Baca:
Litar Horizon Beranang dah nak siap, buat kerja tak banyak sembang tak macam MB Kedah
Tips beli baju raya bayi agar anak kelihatan selesa & bergaya