Tular klip video memaparkan sebuah kenderaan JPJ tidak menghulurkan bantuan kepada pemandu yang keretanya mati tiba-tiba di tengah jalan.
Ada netizen secara sinis menganggap anggota JPJ terbabit lebih mengejarkan murtabak di bazar Ramadan.
Dalam masa sama, ramai memuji polis yang lazimnya rajin membantu mana-mana pengguna jalan raya yang mengalami masalah semasa pemanduan.
Terdahulu, paparan video menunjukkan orang awam yang berada di lokasi tersebut segera berhenti menghulurkan bantuan kepada pemandu wanita apabila keretanya mati tiba-tiba di tengah jalan.
Namun yang mengundang persoalan dalam kalangan warganet apabila terdapat kenderaan JPJ yang lalu dikatakan tidak sama membantu.
Akhirnya, seorang pemandu lori bertindak berhenti untuk membantu.
Susulan itu, orang ramai membidas sikap anggota JPJ yang dianggap mementingkan diri.
Netizen berpendapat kalau bab keluarkan saman, laju saja buat kerja tetapi apabila orang awam ada masalah tak bantu pun.
Klip video itu meraih puluhan ribu tontonan dengan rata-ratanya menyelar keengganan anggota JPJ terbabit membantu pemandu kereta yang sedang dalam kesusahan itu.
“Selalunya kes macam ni, polis yang banyak menolong.
“Saya sering nampak PDRM dan bomba serta JPAM yang kerap membantu. JPJ? Tak payahlah diharap.
“Benda tiada dalam portfolio dia (JPJ). Yang ada dalam portfolio dia ialah habiskan buku saman dalam masa 3 bulan. KPI wajib,” komen warganet.
Terdapat juga secara sinis menyarankan supaya selepas ini cakap pemandu yang sedang mengalami masalah itu sudah mati lesennya, mesti cepat saja JPJ datang.
“JPJ? Hampa nak hairan apa. Depa ditubuhkan untuk cari duit bukan jaga keselamatan atau menolong sesiapa.
“Orang kemalangan pun dia tak tolong. Ni pula kereta rosak yang tak masuk dalam KPI,” demikian antara kritikan dan kecaman orang ramai.
Namun, ada juga dilihat masih bersangka baik dan berpendapat kemungkinan anggota JPJ terbabit tidak menyedari ada pemandu sedang mengalami masalah kereta terhenti di tengah jalan.
“Dia tak perasan pasal situasi tengah sesak. Kalau sorang-sorang rosak tepi jalan, mungkin JPJ akan berhenti tolong,” kata seorang pengguna Facebook pula.
Baca:
Senarai pilih langsir yang wajib anda tahu & elak rugi!
Akhirnya pemilik bagasi berisi RM500,000 muncul, tapi masalah lain pula timbul