Realtime website trackingweb stats

Aneka pes yang wajib ibu buat untuk mudahkan masak juadah sahur & berbuka

Oleh FATIN AQILAH

Bulan puasa ini, apabila seisi keluarga berkumpul di rumah, biasanya akan menyediakan 2 atau 3 jenis hidangan untuk berbuka puasa.

Oleh itu, penting untuk bersedia dengan bahan-bahan masakan.

Bagi memudahkan, anda boleh mengikuti contoh yang diberikan oleh Awien Ariff.

Aneka pes yang wajib ibu buat untuk mudahkan masak juadah sahur & berbuka

Beliau berkongsi cara membuat 6 jenis pes yang boleh digunakan untuk menyediakan pelbagai hidangan dalam masa yang singkat, termasuk sambal, masak lemak, goreng-goreng, dan juga ikan atau ayam bakar.

Semuanya boleh disediakan dengan mudah!

Jadi, walaupun ada tetamu yang datang secara tiba-tiba, tiada masalah!

1. Pes Cili Kering

• Rebus cili kering dulu.
• Blend cili Kering, bawang besar, bawang putih
• Cili kering lebih kurang 1/2 kilo, bawang besar 4 biji, bawang putih 10 biji

Antara masakan yang boleh gunakan pes ini:

Aneka pes yang wajib ibu buat untuk mudahkan masak juadah sahur & berbuka

• Bihun Goreng
• Mee Goreng
• Kuew Teow Goreng
• Maggie Goreng
• Nasi Goreng
• Asam Pedas
• Sambal sotong
• Sambal udang
• Sambal ayam
• Sambal ikan

Contoh masakan: Sambal udang petai

1. Tumis PES 1 ( 3 Senduk). Minyak (5 senduk). Masak sambal kena guna banyak minyak. Nanti tak sedap.
2. Dah pecah minyak, masukkan petai.
3. Masukkan Udang & Asam keping sedikit.
4. Rasakan dengan garam & perasa/gula.
SIAP!

Note: Cuci udang bersih-bersih termasuk kepala udang jangan lupa dibuang!

2. Santan Kotak

Untuk menggunakan santan perah sendiri, lebih baik simpan dalam pembungkus plastik di dalam peti sejuk.

3. Pes Ikan Bakar

Aneka pes yang wajib ibu buat untuk mudahkan masak juadah sahur & berbuka

• Blend serai, halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih, Cili kering
• Ok yang ini korang agak je lah ya. Serai tu lebih sikit. Sekatakan semua bahan-bahan.
• Dah siap, please masak dulu ya. Masukkan garam, gula Melaka. Sejukkan kemudian simpan dalam peti ais.

Antara masakan yang boleh gunakan pes ini:

• Ikan Bakar
• Rendang ayam
• Rendang daging
• Rendang kerang
• Masak hitam
• Kerutuk
• Kuzi
• Ayam Masak Merah
• Ayam bakar

Contoh masakan : Ikan kembung bakar

Cara membuat:

1. Cuci ikan bersih-bersih.
2. Perap ikan guna pes ini.
3. BAKAR!

Nota: Peniaga ikan & ayam bakar memang pakai ni!

4. Pes Masak Lemak

Aneka pes yang wajib ibu buat untuk mudahkan masak juadah sahur & berbuka

• Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili akar warna hijau
• Bawang besar 3 biji
• Bawang putih 8 biji
• Halia seketul
• Kunyit hidup sebiji
• Cili Hijau (ikut nak pedas mana)

Antara masakan yang boleh digunakan untuk pes ini:

1. Masak lemak ayam,
2. Masak lemak daging
3. Masak lemak ikan
4. Masak lemak ikan masin

Contoh masakan: Masak lemak ikan masin

Cara membuat:

1. Tumis PES 4 (3 Sudu) bersama 1 batang serai yang diketuk.
2. Dah naik bau, masukkan santan & air sedikit.
3. Masukkan asam keping
4. Masukkan ikan masin yang sudah dicuci terlebih dahulu.
5. Masukkan kentang yang sudah direbus terlebih dahulu.
6. Masukkan bendi, tomato dan daun kunyit yang disimpul.
7. Rasa dahulu, kalau kurang masin, letak garam sedikit.

5. Pes Cili Api

Aneka pes yang wajib ibu buat untuk mudahkan masak juadah sahur & berbuka

• Cili, Bawang Merah (yang kecil), Bawang putih
• Cili 20 biji (kita guna cili akar je, rumah ni tak makan pedas)
• Bawang merah 10 biji
• Bawang putih 5 biji

Antara masakan yang menggunakan pes ini:

• Nasi Goreng
• Bihun Goreng
• Mee Goreng
• Maggie Goreng
• Sambal ayam hijau
• Ikan sambal cili api
• Segala jenis tumis boleh guna pes ni (tumis sayur etc)

Contoh masakan : Sambal cili ikan kembung

Cara membuat:

1. Goreng ikan terlebih dahulu.
2. Tumis pes 5 SENDUK sampai terbit minyak dalam minyak gorengan ikan tadi.
3. Masukkan bawang merah yang dipotong bulat.
4. Masukkan garam & gula sedikit.
5. Masukkan ikan goreng tadi.

6. Pes Kari Ayam/Ikan

Aneka pes yang wajib ibu buat untuk mudahkan masak juadah sahur & berbuka

• Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili, serbuk kari
• Bawang merah 20 biji
• Bawang putih 10 biji
• Cili merah 5 biji
• Halia 3 inci (lebih kurang seketul)
• kunyit hidup 2 inci (lebih kurang seketul)
• Serbuk kari ayam (3 peket kecil)

Antara masakan yang boleh guna pes ini:

1. Kari ayam
2. Kari daging
3. Kari telur
4. Ikan Bakar Portugis

Selamat mencuba!

Sumber: Awien Ariff

Baca:

Lebuhraya WCE dibuka dari Taiping ke Beruas, tol percuma dua bulan

Heboh pemuda mualaf 9 kali ulang alik hanya kerana sijil kahwin, rupanya ini cerita sebenar dari pejabat agama

Isteri baru punya pasal, ketua kampung ini serah mas kahwin seluruh harta, tapi dua anaknya pun setuju