Realtime website trackingweb stats

Anak tiri kena ‘ratah’ sampai beranak, 22 tahun sumbat ke penjara, rupanya ini status ibu mangsa

Oleh FATIN AQILAH

Seorang remaja yang masih berusia 13 tahun menjadi mangsa nafsu serakah bapa tirinya apabila kena ‘ratah’ sampai beranak pada tahun 2020.

Akibatnya, bapa tiri perempuan terbabit yang merupakan peniaga pakaian warga Bangladesh dihukum penjara 22 tahun dan 15 sebatan atas pertuduhan melakukan sumbang mahram.

Tegas Hakim Datin Surita Budin, perbuatan tertuduh berusia 44 tahun berkenaan sebagai melampaui batas seperti ‘haruan makan anak’.

Sudahlah ibu mangsa meninggal dunia pada 2018 akibat kanser otak.

Sepatutnya, kata hakim, tertuduh sepatutnya menjaga dan melindungi mangsa yang sudah bergelar yatim piatu setelah kematian ibu.

“Orang Kena Tuduh (OKT) patut melindungi anak tirinya dan bukan mengambil kesempatan ke atas mangsa yang berusia 13 tahun sehingga mengandung dan melahirkan anak lelaki.

“Ibu kandungnya pula baharu meninggal dunia semasa kejadian berlaku,” katanya ketika prosiding keputusan kes di Mahkamah Sesyen Seremban, 15 November.

Keputusan itu dibuat Surita setelah mendengar mitigasi pertuduhan dan hujahan pemberatan daripada pihak pendakwaan selain mengambil kira faktor kepentingan awam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya yang berusia 13 tahun ketika kejadian.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 10.30 malam di Kampung Orang Asli, Tekir Mantera Labu, Batu 10, Seremban pada 15 Februari 2020.

Baca:

Kaya vitamin dan mineral tapi kerap diabai, ini 4 waktu sesuai makan buah-buahan

Sepasang pengantin ‘tenggelam’ dikalung duit, rupanya dah memang adat perkahwinan di wilayah ini

Sering jadi topik jenaka, pakar dedah fakta sains kentut wanita sebenarnya lebih busuk dari lelaki