Anak kepada seorang penyanyi tempatan merupakan salah seorang daripada enam individu yang ditahan polis
kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta Ferrari di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Klang pada 17 November lalu.
Menurut laporan Buletin TV3, mangsa telah meninggalkan kereta mewah berwarna merah itu di pusat cuci beberapa hari sebelum kejadian.
Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan berusia 50-an, meminta pekerjanya menghantar Ferrari tersebut untuk dicuci.
Pada jam 11 pagi, 17 November, mangsa menyedari kenderaan tersebut hilang dan segera membuat laporan polis.
Tangkapan Suspek
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ampang Jaya berjaya menahan empat lelaki berusia 23 hingga 33 tahun di sekitar Ampang berdasarkan maklumat yang diterima.
Pada 20 November, seorang lagi lelaki berusia 38 tahun turut ditahan.
Hasil siasatan membawa kepada penemuan Ferrari yang dicuri di kawasan parkir sebuah apartmen di Taman Tunku, Kuala Lumpur, pada 23 November.
Seorang wanita tempatan berusia 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Rampasan dan Rekod Suspek
Seorang daripada suspek didapati mempunyai dua rekod kesalahan berkaitan dadah, dan ujian saringan mendapati positif methamphetamine serta amphetamine. Bagaimanapun, suspek lain tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Polis turut merampas beberapa barangan termasuk lapan telefon pintar dan empat kereta iaitu Ferrari, Naza Suria, BMW XS, dan BMW.
Kes ini masih dalam siasatan lanju
BACA: Tun M gesa pesalah ISA harus dibicarakan, rupanya lupa apa yang dia pernah buat