Satu kes pelik membabitkan ilmu hitam rupa-rupanya masih wujud dalam dalam zaman gajet abad ke-21 ini.
Seorang pengamal sihir rupa-rupanya telah memeras ugut orang awam dengan menggunakan anak patung ‘Chucky’.
Anak patung dengan wajah yang sememangnya menakutkan itu dikatakan sudah dipuja.
Susulan itu, polis Mexico menahan suspek, Carlos N bersama ‘Chucky’, lapor Malay Mail.
Lelaki terbabit dan anak patung seram itu ditempatkan di penjara di sebuah bandar di utara Mexico, awal minggu lalu.
Dalam seram itu, ada juga melucukan apabila polis terpaksa memegang dan membongkokkan ‘Chucky’ ketika mahu merakam gambarnya.
Seorang pegawai di jabatan polis di Monclova, di negeri Coahuila, dilihat ketawa sambil mengangkat pisau panjang yang diambil daripada ‘Chucky’.
Peliknya sekarang, Carlos N kemudian dibebaskan tetapi apa jadi pada ‘Chucky’ masih tinggal misteri.
Baca:
Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji dan bonus, besar juga jumlah yang Ceupacs cadang
Pulih sepenuhnya kanser tahap 4, pengalaman remaja hafaz al-Quran ini mengagumkan
Muka macam Sudirman, ramai kagum, penampilan penyanyi ini mengubat rindu rakyat Malaysia