Anak muda jangan muak dengan politik kerana di masa akan datang anak muda inilah yang akan mengubah dan membentuk kerajaan Malaysia untuk jadi lebih baik daripada yang sekarang.
Politik di Malaysia jauh lebih baik daripada politik di negara Arab. Politiknya sehingga membunuh, mengugut dan menculik kerabat di raja.
Sekiranya anak muda muak dengan politik siapa yang akan amik tahu masa depan anak dan cucu cicit kita.
Nak ubah politik menjadi politik yang baik perlulah pandangan dan tindakan daripada anak-anak muda di Malaysia dan bukan asyik-asyik orang yang sama sahaja.
Anak muda perlu mengambil tahu tentang isu semasa tentang negara kita supaya kita tahu perkembangan di Malaysia ni samada maju ataupun tidak. Idea dan pandangan anak-anak muda seperti Yb Syed Saddiq amat memberi impak yang baik terhadap negara kita.
Di sini kita jangan endahkan berita berkaitan politik sekiranya kita tidak mahu negara kita ini terus mundur berbanding negara luar yang lebih bagus politiknya. Orang muda perlu bersuara demi memajukan negara Malaysia.
https://www.youtube.com/watch?v=o6g74F-PIOI