Bukan sedikit anak yang menggunakan ‘taktik’ memberontak dan menangis di tempat awam gara-gara mahukan ibu atau ayahnya beri ‘handphone’.
Jika ibu bapa mengalah dan ikut saja kemahuan di anak yang berbuat perangai demikian, itu akan membentuk kebiasaan yang buruk buat mereka.
Itu sebabnya penggunaan telefon dalam kalangan anak-anak kecil perlu dikawal.
Mereka perlu digalakkan berkomunikasi secara bersemuka serta bersosial dengan persekitaran.
Ibu bapa perlu mendisiplinkan mereka dari segi masa untuk menggunakan gajet demi kesihatan mental dan kecerdasan emosi anak yang terbaik.
Pakar psikologi, Dr Rizal Abu Bakar mendedahkan risiko anak kecil jadi hamba gajet:
Hasil kajian mendapati 79% pemilik telefon pintar memeriksa peranti itu dalam masa 15 minit bangun daripada tidur.
Secara purata pemilik telefon pintar menyemak gajet mereka sebanyak 34 kali sehari. Ada kajian mendapati lebih dari 150 kali sehari.
Teknologi jadi ketagihan. Gantikan dadah. Gantikan makanan.
Ahad malam turun dari pesawat, terdengar seorang anak kecil di dalam stroller minta “Ayah nak handphone”. Si ayah sebut, “Tak boleh bateri nak habis.”
Adakah si anak kecil faham? Tidak. Konsep bateri habis tidak sama seperti makanan dalam pinggan habis dimakan. Sebab bateri secara fizikal masih ada.
Anak tidak faham. Gambaran dalam minda berbeza dengan apa si ayah sebut. Apa berlaku pada si anak?
Suaranya makin kuat. “Ayah nak handphone!”. Mengarah dan mendesak bunyinya. Kenapa?
Sebab cara ini buahkan hasil. Ini namanya learned behaviour. Apabila buat dapat hasil. Maka diulang.
Si ayah ulang ayat yang sama. “Bateri nak habis, tak boleh”. Balasan si ayah disambut dengan suara lebih disertai tangisan.
Si anak tingkatkan kaedah persuasive ke level 2. Ini juga learned behaviour. Lebih berkesan.
Apa yang berlaku? “Shhhh, malu kat orang. Nanti orang tengok.” Sambil si ayah keluarkan telefon pintar dari kocek dan diserah pada si anak.
Senyuman terus terukir pada wajah si anak. Misi berjaya. Kaedah efektif. Lepas ini guna lagi.
Perkara ini berulang-ulang. Pada otak si anak terbentuk jaringan sel otak kaedah ini.
Learned Behaviour akan jadi modus operandi yang akan sentiasa diguna. Ini program mindanya.
Lebih menakutkan ialah telefon pintar itu akan paksa keluar dopamin – hormon bahagia dalam jumlah yang banyak.
Hormon ini akan sentiasa ditagih. Telefon pintar akan sentiasa diguna. Ini sahaja kunci banjirkan otak dengan dopamin.
Dopamin pada takat yang betul beri bahagia. Hadir kelegaan. Hasilkan senyuman.
Tetapi apabila berlebihan ia jadi ketagihan. Anak mula tiada toleransi. Mengamuk dan bertindak secara fizikal.
Fokusnya pada perkara lain hilang. Minat pada pelajaran mengecil. Keinginan bergaul menguncup.
Sistem komunikasi yang sepatutnya dikembangkan terbantut. Bening emosi yang sepatutnya dikukuhkan juga meruap hilang.
Apakah ini generasi yang sedang terbina? Apakah ini yang ibubapa mahukan? Apakah ini yang sedang anda lakukan?
Baca:
Peniaga perlu ‘stop’ guna ubat stapler jika tidak mahu dikenakan saman dan penjara
Tak perlu tebuk dinding, ini cara betul pasang ‘exhaust fan’ di rumah
Satu mangkuk tak cukup! Resipi kuey teow sup ori Thailand memang terangkat